‘THE PRETTIEST CINEMA IN TOWN’ – GSC LALAPORT BBCC BAKAL DIBUKA 1 OGOS
Bukan hanya lokasi menonton filem terbaharu, GSC LaLaport BBCC yang bakal dibuka pada 1 Ogos ini akan menjadi pawagam dengan estetik dan vibe yang tersendiri.
Syarikat pawagam utama negara, Golden Screen Cinemas (GSC) bakal membuka pintu kepada “the prettiest cinema in town” pada 1 Ogos 2023 di Bukit Bintang, Kuala Lumput. GSC LaLaport Bukit Bintang City Centre bakal menawarkan pengalaman menonton filem terbaharu yang unik, pasti menjadi ingatan dengan estetik dan vibe yang tersendiri.
Membiaskan vibe retro pawagam pada zamana dahulu, GSC LaLaport BBCC ini menampilkan sentuhan warna merah jambu pastel dan biru muda pada reka bentuk dalaman. Dengan penrincian loyang keemasan, pawagam ini disimbahi dengan tema merah jambu-pic pada dinding di sepanjang laluan ke pawagam.
Pusat pawagam terbaharu ini bukan hanya menjadi lokasi untuk menonton filem terbaharu. Dengan reka bentuk dan desain yang unik, ia merupakan sebuah pawagam untuk menghiasi Instagram pengunjung juga. Setiap ruang menampilkan kelainan, termasuklah buaian, ruang menunggu yang mesra dan pilihan warna dinding yang variasi. Ruang-ruang ini disediakan untuk pengunjung menikmati masa menunggu sebelum menonton filem.
Pengembaraan Sinematik 360
Dengan 12 ruang tontonan keseluruhan, GSC LaLaport BBCC akan menampilkan format skrin USP utama seperti BIG hall dan 4DX. Ianya ideal untuk peminat filem yang lebih berani untuk menikmati pengembaraan sinematik 360. Di sini juga menjadi destinasi kedua buat kafe Happy Food Co. di Lembah Klang. Pengunjung boleh menikmati seleksi minuman milkshake signature serta makanan ringan yang menyelerakan.
Acara pelancaran pawagam terbaharu ini telah diadakan bersempena tayangan filem “Barbie” terbaharu. Ia telah dihadiri oleh barisan selebriti dan bintang media social seperti Aliff Aziz, Bella Astillah, Daniel Cheang dan ramai lagi.
Buat peminat filem “Barbie”, barangan merchandise rasmi filem lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling itu boleh didapati di pawagam mahupun secara atas talian di stor Keepsake. Antaranya kereta mainan Corvette convertible merah jambu serta rangkaian patung Barbie.
Foto: Golden Screen Cinemas Malaysia
Baca lebih lanjut: STAIL TERBAIK RYAN GOSLING & PELAKON BARBIE DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELAIN BARBIE, INI 5 FILEM TERBAIK MARGOT ROBBIE ANDA WAJIB TONTON
Senarai filem lakonan Margot Robbie yang memperoleh penilaian tertinggi daripada pengkritik filem Rotten Tomatoes.
STAIL TERBAIK RYAN GOSLING & PELAKON BARBIE DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Semak gaya barisan pelakon dan tetamu kelas-A yang hadir ke acara karpet merah filem Barbie di Los Angeles baru-baru ini.
6 FILEM HEBAT BAKAL MENGGEGARKAN PAWAGAM JULAI INI
Sama ada anda peminat filem seram, aksi, fantasi mahupun komedi, pasti ada satu yang menepati cita rasa anda untuk ditonton bulan ini.
FESYEN TERBAIK IKON HOLLYWOOD DI CINEMACON 2023
Karpet merah CinemaCon diserikan dengan kehadiran bintang Hollywood dalam persalinan mewah termasuk daripada Louis Vuitton, Versace dan Prada.
MASA DEPAN RYAN GOSLING DALAM DUNIA MARVEL
Nama bintang pujaan ramai, Ryan Gosling disebut sebagai pesaing kuat untuk menggalas watak Nova yang bakal diangkat ke layar perak.
#GLFIRSTGAYAHIDUP PENGALAMAN BUNYI PERSIS PAWAGAM DENGAN SONOS BEAM GEN 2
Sonos memperkenalkan Beam (Gen 2) yang kini dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos dan format audio baharu untuk memberikan pengalaman bunyi persis pawagam terus dari rumah.