Skip to content

TERKENA SAKIT GOUT DI UMUR MUDA? INI CARA PENCEGAHANNYA

TERKENA SAKIT GOUT DI UMUR MUDA? INI CARA PENCEGAHANNYA

Kongsikan artikel ini

Muda lagi dah terkena sakit gout! Sama ada berpunca daripada penyakit keturunan atau makanan. Cegah awal sebelum ia melarat.

Siapa kata penyakit gout hanya dihidap oleh mereka yang berusia 40 ke atas? Hari ini, golongan muda yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 30 tahun mempunyai peratusan tinggi untuk menghidap sakit gout ini. Ini berpunca daripada gaya pemakanan yang kurang sihat dan tidak aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti sukan.

Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik (separa pejal) merupakan bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein dipanggil purin.

Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid urik ini berkumpul pada celahan tulang dan terhasillah batu kristal gout. Lebih teruk lagi apabila batu gout ini boleh terbentuk pada celahan buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang.

8 TANDA-TANDA SERIUS SAKIT GOUT

Foto: Freepik

 

Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid urik ini berkumpul pada celahan tulang dan terhasillah batu kristal gout.

  1. Penyakit gout kebiasannya menyerang ibu jari kaki dan akan menyebabkan ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  2. Jika bukan di ibu jari kaki, sakit gout ini bisa menyerang bahagian lain di kaki sebagai contoh di kawasan buku lali, dan juga di tumit kaki.
  3. Sendi yang diserang terasa bisa dan sensitif dengan sebarang geseran. (Jika kritikal, pesakit tidak mampu berjalan kerana kaki terasa sakit apabila memijak permukaan lantai)
  4. Serangan selalunya berlaku pada waktu malam.
  5. Sakit mungkin berlarutan sehingga 1-2 minggu jika tidak mendapat rawatan secepat mungkin.
  6. Benjolan besar merah akan timbul di sendi dan cuping telinga.
  7. Kencing yang kerap.
  8. Bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.

SEMAK KADAR ASID URIK DAN KENALI YANG TAHAP GOUT

1. ASID URIK 5

  • 1.5 mg/dL – 5 mg/dL
  • 0.09mmol/L – 0.30 mmol/L
  • 89umol/L – 297 umol/L

Bagi mereka yang berada dalam kelompok Asid Urik 5 ini, kadar asid anda berada dalam kadar yang selamat. Namun, jangan mudah selesa dengan kadar ini kerana asid urik berubah-ubah setiap masa mengikut gaya hidup kita.

Lakukan pemeriksaan dengan kerap supaya asid urik tidak menjadi tinggi dan kekalkan gaya hidup sihat anda.

2. ASID URIK 6

  • 5.1 mg/dL – 6
  • 0.30 mmol/L – 0.36 mmol/L
  • 303 umol/L – 357 umol/L

Kumpulan Asid Urik 6 ini dikenali sebagai “Borderline Uric Acid Levels”. Jika anda berada dalam kelompok ini, usah dedahkan diri anda dengan cuaca yang sejuk kerana ia mungkin memudaratkan.

Jika anda tidak mampu untuk berada dalam kumpulan 5, jadi kumpulan ini adalah yang terbaik dan disarankan oleh doktor kerana ia tidaklah serius dan tidak juga selamat. Namun, pemeriksaan asid urik harus dilakukan sekerap mungkin, tiga kali sebulan.

3. ASID URIK 6.5

  • 6.1 mg/dL – 7.2 mg/dL
  • 0.36 mmol/L- 0.43 mmol/L
  • 363 umol/L – 428 umol/L

Kadar risiko asid urik ini adalah sebagai tanda amaran kepada anda untuk membuat sesuatu berkaitan asid urik anda. Kumpulan 6.5 ini sudah dikira yang paling teruk dan agak susah sekiranya jika mahu melakukan sebarang treatment.

Pada kadar ini, gout akan menyerang bila-bila masa sahaja. Semakin tinggi kadar asid anda, semakin banyak risiko yang bakal anda hadapi.

4. ASID URIK 7

  • 7.3 mg/dL – 11.1 mg/dL
  • 0.43 mmol/L – o.66 mmol/L
  • 434 umol/L – 660 umol/L

Dangerous Uric Acid Levels (Warnings). Jika anda memiliki kadar asid urik seperti kumpulan ini, awas! Batu kristal gout sedang terbentuk di celah-celah tulang anda dan akan terhasilnya batu yang akan melekat di buah pinggang ataupun pundi kencing anda. Kadar asid urik yang terlampau tinggi akan menjejaskan tulang anda.

Bukan itu sahaja, malah kulit, buah pinggang serta hati anda juga akan rosak disebabkan batu kristal yang terhasil. Anda harus ingat, gout boleh menyebabkan kerosakan tetap  pada tubuh anda, contohnya seperti penyakit Stroke.

Oleh itu, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan secepat mungkin.

SOLUSI PENYAKIT GOUT YANG BERKESAN

Sebaik sahaja anda memahami situasi sakit gout anda, ada beberapa solusi yang anda wajib ikuti bagi mengurangkan rasa sakit. Antaranya ialah:

Foto: Freepik

  1. Memahami aturan cara mengatasi serangan awal gout arthritis.
  2. Kurangkan bergerak, rehatkan kaki anda.
  3. Ambil ubat anti-sakit non-steroid (AINS) selain aspirin.
  4. Sentiasa awasi berat badan anda dan bersenamlah selalu.
  5. Elakkan pengambilan alkohol.
  6. Kerapkan berjumpa dengan doktor untuk urusan pemantauan gout anda.
  7. Yang paling penting, jauhi makanan yang boleh menyebabkan sakit gout kembali seperti yang mengandungi purin yang berlebihan, seperti organ haiwan seperti hati, ginjal, pankreas, daging merah, ikan sardin, kerang dan lain-lain.

Benar sakit gout ini tidak penyembuh namun dengan pencegahan dan rawatan yang bersesuaian seperti mengawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat, anda boleh memperbaiki tahap kesihatan anda.

Artikel berkaitan 6 MAKANAN UNGGUL UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut