ELAK OBESITI

Sedar ataupun tidak, Malaysia telah mendapat jolokan ‘negara paling gemuk di Asia.’ Mana tidaknya. Masalah obesiti bukanlah perkara baru di kalangan masyarakat kita. Hampir separuh rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti – mengikut kajian Kementerian Kesihatan, tahun lepas didapati 17.7% rakyat Malaysia jatuh dalam kategori obes, dan 30% lagi dikatakan ‘overweight’, yakni berat berlebihan.
Ini berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat. Terutamanya kaum lelaki. Pemakanan adalah faktor utama dalam menyumbang kepada punca penyakit obesiti ini berlaku. Ayuh, ikuti tip dari GLAM Lelaki untuk mencegah obesiti.
MENU HIJAU

Sudah pasti menu hijau ini diklasifikasikan sebagai makanan jenis sayuran-sayuran yang banyak kebaikannya pada diri kita. Makanan jenis ini mengandungi rendah kalori dan diperkaya dengan nutrisi yang tinggi seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Amat sesuai untuk menu diet anda.
KURANGKAN GARAM

Ramai di antara kita sudah sedia maklum tentang kebaikan juga keburukan garam. Bagi penghidap penyakirt obesiti, kadar pengambilan garam harus diterhadkan kerana jumlah garam yang berlebihan mampu menyebabkan berat badan anda meningkat.
PRODUK SUSU

Bukan hanya garam, malah produk susu seperti keju mahupun mentega harus dijauhkan kerana ia kaya dengan kandungan lemak, sebagai contoh kek. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dan sekali gus menyebabkan anda menghidap penyakit diabetes.
KUASA MADU

Satu sudu madu mampu mengelakkan diri anda dari penyakit obesiti. Tahukah kamu, madu mampu menggerakkan lebihan lemak dan menyebabkan peredaran lemak itu berfungsi secara normal. Untuk kesan yang lebih efektif, apa kata anda cuba dengan jus limau berserta segelas air suam.
SENAMAN

Suka ataupun tidak, bukan hanya pemakanan, namun rentak hidup anda turut menjadi kunci dalam mengatasi penyakit ini. Senaman membantu anda untuk mengurangkan kandungan kalori yang terdapat dalam badan sebagai lemak. Selain itu, ia juga dapat melegakan ketegangan pada otot-otot anda.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.











