5 SEBAB JADEN & WILLOW SMITH IKON GENERASI Z
Adik beradik Smith, Jaden dan Willow antara wajah generasi baru yang semakin besar pengaruhnya. GLAM lelaki menyatakan 5 sebab Jaden dan Willow smith selayaknya digelar ‘The Face of Today’s Generation’.

Willow & Jaden Smith di Met Gala 2016
1. BERBAKAT BESAR
Yang sebenarnya, Jaden Smith, 18, telah lama menceburi bidang seni. Antara filem terawal lakonannya ialah The Pursuit of Happyness (2006), The Karate Kid (2010) dan After Earth (2013). Biarpun lakonannya kurang mendapat perhatian, tetapi bagi pengikut seni, keberadaan Jaden Smith sentiasa disedari. Setelah meningkat remaja, Jaden masih mengembangkan minat berlakonnya menerusi watak lebih dewasa. Misalnya, dalam siri TV terbaru daripada Netflix, The Get Down arahan Baz Luhrmann. Bakat Willow Smith (kini 16 tahun) pula terarah bidang nyanyian. Pernah melancarkan single ‘Whip My Hair’ pada usia 10 tahun dan tanpa dijangka, ia menjadi fenomena global juga siulan ramai. Lagu tersebut berjaya menduduki tangga ke-11 dalam carta Billboard Hot 100. Willow merupakan artis termuda yang bernaung di bawah label muzik Roc Nation.
2. KELUARGA BERPENGARUH
Siapa yang tak kenal ibu bapa mereka? Will Smith dan Jada Pinkett Smith merupakan pelakon sangat popular sekitar ’90-an. Will Smith yang terkenal dengan siri komedi The Fresh Prince of Bel-Air juga beberapa lagu hit seperti ‘Just The Two Of Us’ dan ‘Gettin’ Jiggy With It’, turut bergelar ikon fesyen ’90-an. Jada Pinkett Smith pula menyinar menerusi filem genre drama Set It Off (1996). Setelah anak-anak mereka menginjak remaja, Jada Pinkett Smith lebih fokus kepada pengurusan keluarga dan mengurangkan aktiviti seni, namun sempat berlakon siri TV Gotham musim 1 dan 2. Will Smith masih tegar berlakon dan baru-baru ini muncul dalam filem Suicide Squad. Tanpa disangkal, ibu bapa mereka masih relevan juga punya pengaruh besar.

Evolusi gaya peribadi Jaden & Willow Smith. (Dari kiri) Di Nickelodeon’s Kids’ Choice Awards awal 2013; tampil bergaya di tayangan perdana The Hunger Games: Catching Fire pada November 2013; dan menghadiri acara pre-Grammy, Januari 2014.
3. IDENTITI TERSENDIRI
Uniknya, pasangan adik-beradik ini tidak menetapkan sebarang gaya peribadi. Mereka bersikap terbuka terhadap hal bergaya. Jaden Smith bebas memilih helaian avant garde yang ingin disarungkan kala menghadiri majlis-majlis fesyen. Begitu juga dengan Willow Smith yang memotong rambut pendek (iras lelaki) juga bergaya bebas ke mana-mana acara. Penampilan mereka berdua di setiap acara sentiasa dinanti-nantikan. Fesyen rambut Jaden Smith yang cukup unik melambangkan stail baru anak muda masa kini. Tanpa menghiraukan pendapat orang lain. Sebab itulah, mereka berdua diangkat ikon fesyen baru.
4. OUTSPOKEN & BERPENDAPAT
Seperkara tentang generasi Z, mereka berani bersuara dan meluahkan pendapat masing-masing tanpa rasa gentar. Termasuklah, Jaden dan Willow Smith. Apa sahaja soalan atau pendapat yang ditanya media atau peminat, akan dijawab dengan rasional juga berasas. Mereka akan melontarkan pendapat berlandaskan sudut pandangan peribadi. Tak perlu rasa takut atau risau dikecam orang lain. Seperti dalam temu bual majalah Interview baru-baru ini, Jaden dan Willow berterus-terang menyatakan pendapat tentang ibu bapa mereka. Dan bagaimana pengalaman membesar telah membentuk keperibadian mereka hari ini.

Willow berambut ‘buzz cut’ (2012), dan Jaden menyarungkan dress hitam (2015) sebagai persalinan harian.
5. GENDER FLUIDITY
Jaden dan Willow adalah gambaran tepat pergerakan ‘gender fluidity’. Oleh itu, Jaden menjadi lelaki pertama dilantik sebagai penghias kempen koleksi wanita Louis Vuitton, untuk Musim Bunga/Panas 2016. Menerusi kempen iklan bertema ‘The Heroine’, Jaden menyarung ‘pleated skirt-suit’ yang secara tipikalnya disarung kaum wanita. Tetapi atas dasar ingin mengubah persepsi gaya kaum lelaki, gaya tersebut telah berubah sepenuhnya, kini dipakai remaja lelaki. Banyak lagi di acara lain yang menyaksikan Jaden bergaya androgini. Sama juga seperti Willow, yang jarang sekali bergaya feminin.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
First time in GLAM Lelaki, kami mendekati Mierul Aiman yang mula serius untuk bergelar pelakon yang berjaya.
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL
Athina Kamarudin, satu lagi wanita yang menjadi our newest crush! Athina bercerita tentang cinta, body positivity dan lelaki!
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI
What to buy this summer? Ketahui tiga koleksi musim panas 2023 untuk menghangatkan penampilan musim panas.
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE
Editorial fesyen musim bunga/panas 2023 menampilkan dua model, Malek McCrone dan Hadri Hashim dalam rekaan terkini.
5 SELEBRITI BERTEMU JODOH PADA USIA 40-AN
Kebanyakan bintang Hollywood mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk menemui calon isteri atau suami yang tepat.