Skip to content

6 MAKANAN UNGGUL UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT

6 MAKANAN UNGGUL UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT

Kongsikan artikel ini

Prostat, sebahagian daripada sistem pembiakan lelaki adalah kelenjar yang mengelilingi pundi kencing dan uretra.

Bersaiz sekitar sebiji walnut, ia berkembang sepanjang hayat seorang lelaki. Penting untuk mengekalkan prostat yang sihat seiring peningkatan usia. Ini kerana kelenjarnya boleh membesar dan menyebabkan kanser, salah satu barah paling biasa di kalangan lelaki.

Setakat ini tiada bukti menunjukkan bahawa pemakanan yang baik boleh mencegah masalah prostat. Bagaimanapun pengambilan makanan seimbang dan sihat boleh mengurangkan risiko anda. “Melebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan adalah idea bijak untuk menjaga kesihatan khususnya buat prostat,” kongsi Dr Chris Mohr, PhD, RD, pakar nutrisi.

GL kongsikan enam superfood atau makanan unggul yang boleh anda ambil untuk miliki prostat yang sihat.

1 of 6

1. Beri

Buah-buahan seperti strawberi, beri hitam dan raspberi mengandungi Vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Antioksidan memainkan peranan penting dalam badan kerana ia menghalang kerosakan daripada radikal bebas, molekul yang menyerang sel sihat dan boleh menyumbang kepada kanser. Vitamin C juga boleh membantu mengurangkan gejala hiperplasia prostat tidak berbahaya dengan menggalakkan pembuangan air kecil dan mengurangkan bengkak.

Jadi apakah cara mudah dan pantas untuk menyediakan snek yang tinggi kandungan Vitamin C? Anda boleh campurkan buah beri dan sayur-sayuran ke dalam smoothie bersama susu dan serbuk protein. “Beri biru, pisang, susu, serbuk protein, mentega kacang dan ais adalah smoothie yang bukan saja sedap dan kaya nutrisi, tetapi juga mudah disediakan,” kongsi Dr Chris Mohr. Terdapat kira-kira 90 miligram Vitamin C dalam secawan strawberi dan kira-kira 14 miligram dalam secawan beri biru. Sumber Vitamin C hebat lain termasuk buah sitrus, bayam, brokoli dan mangga. Kebanyakan lelaki dewasa disyorkan mengambil 90 miligram Vitamin C setiap hari.

kanser prostat

Foto: Insanely Good Recipes

1 of 6

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

Bacaan Lanjut