LULUS UJIAN ‘KEJANTANAN’, FADLAN HAZIM KINI SAH BERGELAR SUAMI KEPADA WANITA KAZAKHSTAN
Lebih sembilan bulan mengikat tali pertunangan, Fadlan Hazim dan Aiya Mukhamedsalova selamat disatukan sebagai suami isteri.
Wanita yang berasal dari Kazakhstan itu sah menjadi milik Fadlan dengan sekali lafaz sekitar jam 10.27 pagi pada hari Ahad, 17 Julai 2023. Mereka dinikahkah oleh pendaftar Nikah Cerai Rujuk JAWI, Muhammad Fairudz Saderi di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Aiya menerima sebentuk cincin emas dan lima dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.
Foto: Dailymotion
Acara serba ringkas itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat. Keluarga Aiya tidak dapat hadir kerana perlu menguruskan perkara penting, namun detik penyatuan mereka ditonton keluarga pengantin perempuan menerusi panggilan video. Majlis resepsi mereka juga terpaksa ditunda ke bulan Oktober bagi membolehkan mereka semua hadir.
“Memang sedih sebab keluarga isteri tidak dapat datang, tapi perkara wajib perlu diteruskan. Syukur semuanya berjalan lancar. Bukan mudah nak kumpul semua ahli keluarga isteri untuk datang ke sini. Jadi sebab itu majlis resepsi yang dirancang bulan ini pun terpaksa ditangguhkan,” katanya, menurut mStar.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023
Untuk edisi digital November 2023, GLAM Lelaki mempersembahkan pelakon kacak, Dini Schatzmann yang baharu sahaja melangkah ke fasa baharu sebagai suami kepada Janna Nick.
FADLAN HAZIM & ISTERI DIRAI DALAM MAJLIS RESEPSI TRADISI KAZAKHSTAN
Tiga bulan disatukan sebagai suami isteri, Fadlan Hazim dan Aiya Mukhamedsalova diraikan dalam satu majlis tertutup bertemakan taman.
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI
Lebih empat bulan mengikat tali pertunangan, Noh Salleh kini sah menjadi milik wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapha.
CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL
Bintang Captain America, Chris Evans dilaporkan telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini teman wanita, Alba Baptista.
PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?
Siapa sangka pasangan selebriti pujaan ramai, Joe Jonas dan Sophie Turner terkena tempias ‘trend perceraian’ yang kini sedang merebak di Hollywood.
9 CARA MUDAH UNTUK MENYEMARAKKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri, penting untuk anda dan si dia mencuba sesuatu baharu untuk di kamar.