JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN
Ahli kumpulan BTS, Jungkook mencipta sejarah di Spotify dengan debut solo yang telah lama dinantikan peminat, Seven.
Lagu berbahasa Inggeris itu memperoleh 30 juta strim di Spotify dalam masa dua hari selepas dilancarkan. Selain itu video muzik Seven yang menampilkan Jungkook dan aktres The World Of The Married, Han Soo Hee turut meraih pencapaian hebat. Ia mendapat dua juta tanda suka di YouTube dalam tempoh amat singkat iaitu satu jam lima puluh lapan minit.

Foto: Allkpop
Kejayaan Jungkook Terus Meroket
Seven menjadi lagu penyanyi solo lelaki terpantas melepasi angka 30 juta strim di Spotify sejak dikeluarkan. Pencapaian itu sekali gus menewaskan rekod yang dipegang Harry Styles menerusi lagu popularnya, As It Was. Ia turut mengangkat Jungkook sebagai penyanyi solo K-Pop terpantas mencapai kejayaan sebegitu besar, mengukuhkan lagi pengaruh dan popularitinya dalam industri muzik. Lagu Seven duet bersama Latto yang dilancarkan pada 14 Julai lalu menjuarai carta iTunes di beberapa negara. Malah dalam hanya 24 jam, video muziknya memperoleh jumlah tontonan yang amat mengagumkan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 MOMEN FESYEN LELAKI DALAM SEJARAH MET GALA
Terokai 10 momen fesyen lelaki dalam sejarah Met Gala. Dari Jared Leto hingga Billy Porter, lihat gaya ikonik yang mencabar norma.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK
Calvin Klein mengumumkan pelancaran kempen denim Musim Bunga 2026 menampilkan Jung Kook dari BTS, sebagai duta jenama.
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI
Idol lelaki Korea ini menjadi inspirasi buat lelaki moden yang percaya kekuatan sebenar datang daripada disiplin dan konsistensi bersenam.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.











