Skip to content

6 MAKANAN UNGGUL UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT

6 MAKANAN UNGGUL UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT

Kongsikan artikel ini

Prostat, sebahagian daripada sistem pembiakan lelaki adalah kelenjar yang mengelilingi pundi kencing dan uretra.

Bersaiz sekitar sebiji walnut, ia berkembang sepanjang hayat seorang lelaki. Penting untuk mengekalkan prostat yang sihat seiring peningkatan usia. Ini kerana kelenjarnya boleh membesar dan menyebabkan kanser, salah satu barah paling biasa di kalangan lelaki.

Setakat ini tiada bukti menunjukkan bahawa pemakanan yang baik boleh mencegah masalah prostat. Bagaimanapun pengambilan makanan seimbang dan sihat boleh mengurangkan risiko anda. “Melebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan adalah idea bijak untuk menjaga kesihatan khususnya buat prostat,” kongsi Dr Chris Mohr, PhD, RD, pakar nutrisi.

GL kongsikan enam superfood atau makanan unggul yang boleh anda ambil untuk miliki prostat yang sihat.

2 of 6

2. Ikan Berlemak

Ada banyak sebab mengapa asid lemak omega-3 penting untuk tubuh anda. Omega-3 membantu menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik, menurunkan tekanan darah tinggi, membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko serangan jantung. Walaupun pakar mengesyorkan lelaki untuk mengurangkan pengambilan lemak haiwan demi kesihatan prostat, diet tinggi omega-3 boleh meningkatkan kesihatannya. Malah asid lemak yang terdapat dalam makanan seperti ikan berlemak sebenarnya boleh mengurangkan risiko kanser prostat dengan kandungan antiradangnya yang tinggi.

Kebanyakan lelaki dewasa disyorkan mengambil dua hidangan (satu hidangan bersamaan 100 gram) ikan yang diperkaya dengan omega-3 dalam seminggu. Risau kandungan merkuri yang tinggi? Pilih ikan seperti hering, sardin dan trout air tawar yang kaya omega-3 namun rendah paras merkuri.

kanser prostat

Foto: Healthline

2 of 6

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut