Skip to content

muu bangkok hotel

MUU BANGKOK HOTEL – DESTINASI PERCUTIAN MEWAH PALING COOL DI BANGKOK

Kongsikan artikel ini

MUU Bangkok Hotel menampilkan ruang penginapan bergaya, kemudahan premium dan lokasi terbaik yang menjanjikan keseronokan metropolitan ibu kota Thailand.

Jika anda mencari destinasi penginapan mewah yang uber cool di ibu kota Thailand, GLAM Lelaki menyarankan anda untuk bercuti di MUU Bangkok Hotel. Bukan hanya memberikan pengalaman percutian nan premium, MUU Bangkok Hotel juga menyediakan ruang penginapan yang dekat dengan sisi kosmopolitan cara lokal sebenar bandaraya Bangkok.

 

hotel Bangkok

Lobi Hotel

 

Saya berpeluang untuk menginap di sini selama dua malam ketika bercuti di kota Bangkok. Selaku hot spot terbaharu di Bangkok, hotel yang penuh sofistikasi ini percaya kepada ruang dinamik serta artistik. Ia mampu untuk menyerlahkan kreativiti dan refleksi pengunjung yang menginap di sana nanti.

 

MUU Bangkok

Pusat Beli-Belah Eight Thonglor

 

Seperti pertembungan antara dua budaya, MUU Bangkok Hotel beralamat di Jalan Thong Lor di Sukhumvit. Destinasi hangat ini terkenal dengan gaya hidup metropolitan yang penuh sofistikasi bersama kesibukaan jalanan yang eklektik cara Thai. Malahan, ia terletak bersebelahan pusat beli belah premium Eight Thonglor yang mempunyai kafe, kedai makan, pasaraya, galeri serta butik pakaian.

 

Baca lebih lanjut: VICEROY BALI, SYURGA ALAM SEMULAJADI DI UBUD, BALI

 

Ruang Penginapan di MUU Bangkok

Dari desain nan moden kepada peranti teknologi terkini, setiap pengunjung akan sentiasa terhubung. MUU Bangkok adalah ahli Small Luxury Hotels of the World iaitu sebuah komuniti hotel persendirian dari seluruh dunia. Ia mempunyai 148 ruang penginapan yang terbahagi kepada bilik, suite dan juga residence sebagai pilihan.

 

 

Antaranya Thong Lo Suite yang seluas 180 meter persegi dengan teres persendirian atau Three-Bedroom Residence yang sangat sesuai buat keluarga. Pengunjung pasti dapat merasakan keselesaan yang eksklusif kala melangkah masuk ke setiap ruang penginapan di sini.

 

muu bangkok hotel

 

Hotel ini mempunyai dua buah restoran iaitu La Sala Di Otto dan juga Otto Italian Restaurant yang menyajikan hidangan klasik Itali Selatan. Juga terdapat bar minuman dan kolam renang infinity yang berlatarkan pemandangan kota Bangkok yang mempersonakan.

 

hotel bangkok

Infinity pool

 

Mahu bersiar-siar di sekitar kota? Hotel lima bintang ini juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan, restoran dan pengangkutan awam seperti stesen BTS Skytrain. Ia akan memudahkan pengunjung untuk meneroka pusat beli-belah serta destinasi percutian utama di sekitar Bangkok.

 

Foto: MUU Bangkok Hotel

Baca lebih lanjut: BRIGHT DAN 10 LAGI PELAKON LELAKI THAILAND PALING POPULAR 2022

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT

Bacaan Lanjut
Thai Cave Rescue

KAPTEN BOLA SEPAK YANG TERSELAMAT DALAM ‘THAI CAVE RESCUE’ MENINGGAL DUNIA

Bacaan Lanjut

ALAMI 2 FESTIVAL PALING UNIK DI THAILAND NOVEMBER INI

Bacaan Lanjut
BRIGHT DAN 10 LAGI PELAKON LELAKI THAILAND PALING POPULAR 2022

BRIGHT DAN 10 LAGI PELAKON LELAKI THAILAND PALING POPULAR 2022

Bacaan Lanjut

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG THAILAND, BRIGHT VACHIRAWIT

Bacaan Lanjut

KISAH BENAR PENUH DEBARAN, SAKSIKAN THAI CAVE RESCUE DI NETFLIX

Bacaan Lanjut