VICEROY BALI, SYURGA ALAM SEMULAJADI DI UBUD, BALI
Berlokasi di antara lereng bukit dan Sungai Petanu, Viceroy Bali merupakan destinasi penginapan luar biasa yang dikelilingi keindahan alam semulajadi di Ubud, Bali.
Kepulauan Bali, Indonesia kaya dengan keindahan pantai serta kehijauan alam semulajadi yang mempersona. Sentiasa menjadi pilihan pelancong dari seluruh pelusuk dunia, Bali membariskan pelbagai jenis penginapan sama ada hotel, resort mahupun vila yang tersendiri. Berlokasi di antara lereng bukit dan Sungai Petanu, Viceroy Bali merupakan destinasi penginapan luar biasa yang dikelilingi keindahan alam semulajadi di Ubud, Bali.
Ketika mengunjungi Bali sekitar Ogos lalu, saya bersama rakan berpeluang untuk menginap di Viceroy Bali yang menjadi impian saya sejak pertama kali melihat hotel butik 5-bintang ini di sosial media. Lokasinya pula cukup ideal, hanya 5 minit dari kota Ubud yang menjadi pusat kesenian budaya atau desa adat penuh tradisi buat masyarakat kepulauan Bali.
Setibanya di ruang lobi hotel, kami disambut mesra dengan kalungan bunga serta welcome drink yang menyegarkan. Bersebelahan lobi itu terletaklah kolam renang dan restoran yang berada di lereng bukit yang menghijau. Viceroy Bali mempunyau 28 ruang penginapan yang berbeza iaitu Junior Suite, Pool Suite, Terrace Villa, Deluxe Terrace Villa, Vice Regal Villa, Elephant Villa serta Viceroy Villa. Kecuali Junior Suite, kesemua penginapan ini mempunyai kolam renang persendirian dengan kawalan suhu tersendiri.

Deluxe Terrace Villa
Melangkah masuk ke ruang penginapan Deluxe Terrace Villa, saya terpukau dengan saiznya yang sangat luas. Selain katil bersaiz king dan kamar mandi yang mempunyai tab mandi, saya tertarik dengan pemilihan seni dekorasi kontemporari Bali yang menghiasi setiap sudut vila. Tetapi, tarikan utama di sini sudah tentu terletak di bahagian luar vila yang mempunyai kolam renang persendirian dan ruang berehat atau balé berlatarkan landskap lereng bukit tropikal dan bunyi aliran sungai yang cukup mengagumkan.

Apéritif Restaurant & Bar
Dalam meraikan seni kulinari Bali, Viceroy Bali memberikan pilihan kepada pengunjung untuk menikmati sensasi cita rasa yang unik dan tersendiri. Cascades Bali Restaurant merupakan restoran sepanjang hari yang lebih relaks dengan seleksi menu tempatan dan Barat. Manakala, Apéritif Restaurant & Bar pula menyajikan menu fine dining yang lebih sofistikated dan bar inspirasi era 1920-an, yang diketuai oleh Chef Nic Vanderbeeken dari Belgium.
Viceroy Bali menjanjikan pengalaman penginapan yang luar biasa, bersulamkan servis yang terbaik dalam menitik beratkan layanan yang personal kepada setiap pengunjung. Dapatkan lebih maklumat di sini.
Foto: Small Luxury Hotels of The World
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TEROKAI PERCUTIAN ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA
GLAM Lelaki berpeluang untuk menginap di Marina Bay Sands, hotel ikonik Singapura yang sedang menjalani proses renovasi berjumlah US$1 billion keseluruhan.
“SAYA TIDAK MEMPUNYAI ‘TYPE’ YANG SAYA CARI DALAM PASANGAN.” – “THE BACHELOR INDONESIA”, RICHARD KYLE
GLAM Lelaki berpeluang menemu bual bintang rancangan realiti, “The Bachelor Indonesia”, Richard Kyle yang berkongsi pengalamannya mencari cinta sejati.
5 SEBAB ANDA PERLU RAI AKHIR TAHUN DI THE CHOW KIT HOTEL
Dalam meraikan perayaan akhir tahun, The Chow Kit – An Ormond Hotel akan menampilkan seleksi kulinari serta hadiah istimewa untuk dikongsikan bersama keluarga.
MULAKAN KEMBARA DOWN UNDER DENGAN FILEM PENDEK “G’DAY”
Filem pendek “G’day” yang mengisahkan tentang pengembaraan epik ke seluruh Australia ini menampilkan pelakon popular, Rose Byrne dan Will Arnett.
KEJUTAN BUAT PEMINAT, UNGU LANJUTKAN KONSERT SATU HARI
Menghargai sokongan yang diberikan peminat, konsert Ungu di Kuala Lumpur akan dilanjutkan satu hari lagi sebagai kejutan buat peminat di Malaysia.
FESTIVAL DAN KONSERT MUZIK DI ASIA 2022
Saksikan festival dan konsert muzik menarik yang bakal berlangsung sepanjang penggal akhir 2022 di beberapa buah negara di Asia.