Skip to content

KENALI ISTERI CANTIK JAMES JIRAYU, FOAM BENJAMAS

Kongsikan artikel ini

James Jirayu bukan sahaja dikenali sebagai pelakon serba boleh dan antara wajah paling terkenal dalam industri hiburan Thailand. Tetapi kehidupan peribadinya juga turut mencuri perhatian ramai. Terutamanya kisah cinta bersama isterinya (Foam Benjamas) yang sangat cantik. Walaupun James jarang berkongsi hal rumah tangga secara terbuka, pasangan ini tetap menjadi tumpuan kerana aura tenang, keserasian, dan cara mereka menjaga privasi sambil menyokong kerjaya masing-masing. Kehadiran isterinya bukan sahaja melengkapkan perjalanan hidup James, tetapi turut menjadi inspirasi kepada peminat yang menghargai sisi matang dan ‘grounded’ bintang terkenal ini.

Foam Benjamas: Dari Teman Lama Kepada Seorang Isteri.

Foam Benjamas, nama ringkas untuk Benjamas Kittipitakkul, bukan berasal dari dunia glamor. Tetapi cerita hidupnya dengan James Jirayu membuatkan namanya menjadi perbualan ramai. Pasangan ini yang mulanya menjalinkan hubungan diam-diam sejak lebih sedekad lalu telah menukar identiti mereka dari “teman biasa” kepada “seorang isteri” yang penuh inspirasi. Jirayu dan Foam Benjamas akhirnya mengikat janji pada 19 Disember 2024 dalam majlis perkahwinan hangat dan intim, dihadiri keluarga serta sahabat terdekat, menandakan titik manis selepas 10 tahun bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jirayu Tangsrisuk (@jirayu_jj)

2025: Babak Baru Dari Isteri ke Ibu.

Tahun 2025 membawa berita gembira buat pasangan ini. Foam Benjamas sah disahkan hamil anak pertama mereka. Pengumuman itu dibuat penuh emosional oleh James, dengan foto USG dan caption ringkas “Our new member.” Reaksi peminat pun hangat, memberikan ucapan selamat dan harapan agar keluarga kecil ini dilimpahi kebahagiaan. Bagi kebanyakkan pengikut mereka, momen ini bukan sekadar ulang tahun cinta mereka tapi lambang kepada keluarga kecil mereka.  Sebuah momen bahagia mereka yang pastinya mendapat perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jirayu Tangsrisuk (@jirayu_jj)

Artikel Berkaitan: 5 DRAMA & FILEM JAMES JIRAYU YANG HARUS MASUK ‘WATCHLIST’ ANDA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN

Bacaan Lanjut

PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN

Bacaan Lanjut
james jirayu

JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU

Bacaan Lanjut

5 DRAMA & FILEM JAMES JIRAYU YANG HARUS MASUK ‘WATCHLIST’ ANDA

Bacaan Lanjut
TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK

TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK

Bacaan Lanjut
STAYBRIDGE SUITES BANGKOK SUKHUMVIT: RUMAH KEDUA DI TENGAH KOTA RAYA

STAYBRIDGE SUITES BANGKOK SUKHUMVIT: RUMAH KEDUA DI TENGAH KOTA RAYA

Bacaan Lanjut