JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan kemunculan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu. GLAM Lelaki terbang ke Bangkok, Thailand pada awal November lepas untuk bertemu dan menjalani penggambaran eksklusif bersama James Jirayu.
James Jirayu Tangsrisuk bukanlah nama asing dalam dunia hiburan Thailand. Aktor berusia 32 tahun ini telah memikat hati peminat di seluruh Asia melalui bakat lakonannya yang konsisten, penampilan yang karismatik, serta personaliti yang merendah diri. Sejak awal kemunculannya, James membuktikan bahawa disiplin dan kesungguhan adalah kunci untuk kekal relevan dalam industri hiburan yang semakin mencabar.
Kerjaya James melonjak selepas kejayaan drama popular ‘Suphapburut Juthathep’ (2013), yang bukan sahaja mencetuskan fenomena di Thailand malah menarik perhatian peminat antarabangsa. Lakonannya yang penuh penghayatan dalam siri tersebut memperlihatkan potensi besar sebagai aktor utama. Kemudian, melalui drama berpengaruh ‘Krong Kam (Repercussion)’ (2019). James sekali lagi menunjukkan versatiliti dan kematangan lakonan, menjadikan namanya antara yang paling digemari dalam industri.
James kembali mencuri perhatian menerusi drama terbaharu ‘Matalada’ (To the Moon and Back). Persembahan emosinya yang tulus dan mendalam menerima pujian penonton, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai pelakon yang mampu membawa apa jua watak dengan penuh keaslian.

Top & seluar kargo, DIOR, Jam, OMEGA

Jaket, COACH, Jam, OMEGA
Friend of OMEGA Thailand
Selain kejayaan dalam bidang seni, tahun lalu menyaksikan James mencipta sejarah dalam dunia fesyen apabila menjadi lelaki pertama dari Thailand yang dilantik sebagai Friend of OMEGA Thailand. Pengiktirafan oleh OMEGA menandakan pengaruh globalnya yang semakin berkembang.
Namun, antara berita paling istimewa dalam hidupnya adalah pengumuman terbaharu. James mendedahkan bahawa isterinya, Foam Benjamas, kini sedang hamil anak pertama mereka. Perkhabaran menggembirakan ini membuka lembaran baharu dalam kehidupan pasangan tersebut. Sekaligus menandakan perjalanan mereka menuju alam keibubapaan.
Dengan kerjaya yang terus berkembang, reputasi yang semakin kukuh di peringkat antarabangsa. Serta kehidupan peribadi yang memasuki fasa baharu, James Jirayu berdiri sebagai ikon hiburan Asia yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga memberi inspirasi kepada ramai.
Artikel berkaitan: KENALI ISTERI CANTIK JAMES JIRAYU, FOAM BENJAMAS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Konsert K-Pop berskala besar sentiasa menuntut keberanian dalam bergaya. Pentas berprestij ini ialah medan terbaik memamerkan estetika street luxury maksimum. Pembaca GLAM LELAKI pastinya mahukan kelainan yang memukau pandangan ramai. Kombinasi elemen avant-garde dan pakaian jalanan mewah mampu mencipta impak visual luar biasa. Berikut adalah panduan suai padan eksklusif daripada barisan jenama tempatan paling hangat…
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.











