Skip to content

asteroid city Wes Anderson

TEROKAI DUNIA ‘ASTEROID CITY’ OLEH WES ANDERSON DI AIRBNB

Kongsikan artikel ini

Selepas trending di TikTok, peminat kini boleh menerokai dunia simetri dan skema warna ikonik inspirasi filem “Asteroid City” oleh Wes Anderson di penginapan Airbnb di seluruh dunia.

Mendapat lebih 977 juta tinjauan di sosial media, tanda pagar #wesanderson telah mencipta fenomena yang laur biasa di seluruh dunia. Ramai kini mencipta simetri dan skema warna ikonik cara ikonik Wes Anderson dengan versi mereka sendiri.

wes anderson

Bagi mereka yang ingin membintangi filem Wes Anderson mereka sendiri, Airbnb dan Universal Pictures berkongsi 10 penginapan dari seluruh dunia yang menepati estetikanya nan ikonik. Daripada “The Grand Budapest Hotel” kepada filem baharunya “Asteroid City”, ia sekaligus dapat memberikan peminat peluang untuk mencipta semula momen filem Wes Anderson mereka sendiri. Sama seperti Jason Schwartzman dan juga Scarlett Johansson.

Filem “Asteroid City” bakal ditayangkan di pawagam bermula bulan ini. Ia berlatar belakangkan sebuah bandar padang pasir fiksyen sekitar tahun 1955. Dalam filem itu, sebuah konvensyen Junior Stargazer/Space Cadet – yang dianjurkan untuk membawa para pelajar dan ibu bapa dari seluruh negara untuk sebuah pertandingan ilmiah – terganggu akibat peristiwa-peristiwa yang mengubah hidup mereka.

Berikut adalah 10 penginapan unik yang menepati estetika Wes Anderson yang boleh disewa melalui Airbnb di seluruh dunia:

 

1 of 9

 

airbnb Malaysia

Off Grid and Forty Feet Up, Tiller, Oregon, Amerika Syarikat. Klik di sini. 

 

1 of 9