TINDAKAN BERANI KANYE WEST UNTUK MENAWAN KEMBALI HATI KIM KARDASHIAN
Setahun sudah berlalu sejak Kim Kardashian menfailkan perceraian terhadap suaminya, Kanye West.
Walau Kim telah membuka buku cinta baharu bersama bintang Saturday Night Live, Pete Davidson, Kanye tidak henti-henti mencuba nasib untuk menarik pengasas Skims itu kembali ke dalam dakapannya.
Sempena sambutan Hari Kekasih dua hari lalu, pelantun Stronger itu tanpa rasa segan cuba menggoda isterinya dengan menghantar hadiah romantis: Sebuah trak dipenuhi jambangan bunga mawar berserta mesej, “My vision is krystal klear.”
Kanye berkongsi foto jambangan bunga itu di Instagram bersama 13.3 juta pengikutnya dan meletakkan tag nama isterinya pada hantaran tersebut. Dalam pada itu Kim dilihat meluangkan Hari Kekasih bersama Pete dengan menikmati malam romantis di Lilia, sebuah restoran Itali di Brooklyn.

Foto: Instagram

Foto: Backgrid
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.











