Putera Felix menjadi kerabat Diraja terkini yang menceburi dunia peragaan setelah muncul dalam kempen jenama barang kemas mewah, Georg Jensen baru-baru ini.
Baru berusia 19 tahun, Felix bukan satu-satunya ahli keluarga Diraja Denmark yang memulakan langkah untuk mencapai impian bergelar model.
Abangnya, Nikolai yang kini berusia 22 tahun turut membuat keputusan yang sama ketika berusia 19 tahun pada 2018.
Ketahui lima fakta menarik mengenai dua model Diraja yang tampan ini.