ALL SAINTS BERKELANA KE TOKYO
DEDIKASI MUSIM BUNGA 2022, ALL SAINTS MENYUGUHKAN STRUKTUR REKAAN DENGAN NUANSA YANG BERBEZA. MENGGARAP ILHAM DARI SUB BUDAYA TOKYO YANG BERAGAM.
All Saints koleksi musim bunga 2022 mengusung konsep seni yang menceritakan gambaran anak muda dengan garapan inspirasi dari sub budaya Tokyo.
Sejumlah tampilan street style dengan spirit muda hadir mendominasi koleksi All Saints untuk musim ini, dari balutan kulit mengilap, perpaduan aura maskulin dengan elemen rock n’ roll, melalui limpahan warna hitam bersama material kulit, denim, potongan bahu jaket yang tegas, kemeja bercetak, hingga celana denim slim fit yang dihiasi dengan aksesori logam. But hitam juga turut menyingkap yang memikat pandangan mata para penggemar gaya rock chic.
Faktor selesa merupakan tunggak utama All Saints kala mencipta koleks ini. Apalagi, saat ini kebanyakannya dambakan koleksi yang selesa, namun punya impak dan daya tarikan yang tersendiri. Berkarakter juga menjadi pilihan utama. Fenomena tersebut lantas membuat ramai diantara kita sekarang mencari pakaian yang dapat memenuhi gaya hidup mereka yang memiliki pergerakan maksimum.
Elemen budaya masyarakat Jepun dikutip All Saints pada beberapa rekaan, yang diharapkan dapat ditampilkan pada busana utama dalam koleksi sekaligus menawarkan desain yang stylish.
Mengetengahkan konsep kontemporari, moden dan bold, yang dilihatkan dapat memenuhi idea gaya para pecinta muzik. Yang kerap mengambil muzik sebagai ilham bergaya sehari-hari. Koleksi ini turut memberi gambaran gaya bintang muzik terkenal dengan imej grunge seperti Kurt Kobain. Ada juga biasan gaya skaters yang kini kembali membentuk trend gaya, malah menjadi ikutan.
Dalam nuansa warna yang kontras, serta cetakan bersifat liar dan potongan tegas (terlihat pada kardigan, celana denim) yang menonjolkan kecirian maskulin sebagaimana ciri khas yang seringnya terlihat pada stail anak-anak muda di jalanan Tokyo.
Artikel berkaitan: AURA BINTANG COLE SPROUSE UNTUK VERSACE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Konsert K-Pop berskala besar sentiasa menuntut keberanian dalam bergaya. Pentas berprestij ini ialah medan terbaik memamerkan estetika street luxury maksimum. Pembaca GLAM LELAKI pastinya mahukan kelainan yang memukau pandangan ramai. Kombinasi elemen avant-garde dan pakaian jalanan mewah mampu mencipta impak visual luar biasa. Berikut adalah panduan suai padan eksklusif daripada barisan jenama tempatan paling hangat…
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.















