SISI PRIHATIN RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY
Bintang popular, Ryan Reynolds dan Blake Lively sememangnya dikenali sebagai antara pasangan paling prihatin serta pemurah di Hollywood.
Demi menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap isu yang melanda dunia kini, Ryan dan Blake mengumumkan akan menghulur sumbangan sehingga RM4.2 juta sebagai bantuan buat pelarian Ukraine.
Sejak beberapa hari lalu lebih setengah juta warga Ukraine terutama wanita dan kanak-kanak melarikan diri ke negara jiran demi menyelamatkan nyawa mereka daripada ancaman Rusia yang dilihat semakin galak menceroboh negara itu.
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) menjangkakan seramai empat juta penduduk akan meninggalkan Ukraine sekiranya serangan ketenteraan antara dua negara berlanjutan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERCINTAAN CHANNING TATUM & ZOE KRAVITZ PUTUS DI TENGAH JALAN
Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, Channing Tatum dan Zoe Kravitz membuat keputusan membawa haluan masing-masing.
ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK
Tanggal 20 Ogos 2024 menandakan ulang tahun perkahwinan kedua buat Ben Affleck dan Jennifer Lopez. Pada tarikh sama, JLo menfailkan perceraian.
JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?
Pelakon dan penyanyi itu dirakam berpegangan tangan sewaktu berjalan-jalan di sekitar London pada 17 Ogos lalu.
GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY
Power couple Hollywood ini berjaya mencuri perhatian dengan penampilan fesyen memukau bukan saja menerusi stail karpet merah tetapi juga gaya jalanan.
BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA
Kala J-Lo meniup lilin kek hari jadi tanpa suami di sisi, Ben Affleck turut meraikannya dengan cara tersendiri: Membeli rumah agam untuk didiaminya sendiri.
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?
Bekas pasangan kekasih ini dilihat menghadiri perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia pada 14 Julai lalu di Miami, Florida.