Skip to content

DÔME MEMPERKENALKAN 18 PERISA EKSOTIK GELATO AL NATURALE

Kongsikan artikel ini

Keep Calm & Eat Gelato di kafe DÔME yang dibuat segar dalam 18 perisa eksotik seperti Rocher Rocher, Kickers, Bacio, Blue Moon, Wild Berry Yoghurt dan banyak lagi.

Dalam cuaca yang panas hari ini, ais krim adalah pilihan yang terbaik untuk memberikan kesegaran. Tetapi, jika anda gusar ia akan meningkatkan berat badan, gelato Itali bisa menjadi pilihan yang lebih bagus. Keep Calm & Eat Gelato di  kafe DÔME yang memperkenalkan seleksi gelato Itali yang dibuat segar dalam 18 perisa eksotik yang cukup menyelerakan.

 

Berbeza dengan ais krim tradisional, gelato menggunakan lebih banyak kandungan tenusu berbanding krim. Ianya lebih ringan, rundah lemak, dan menggunakan perisa natural sebagai pemanis mulut yang menyegarkan. Seperti stor sia krim popular lain, pengunjung akan dihidangkan dengan 18 perisa eksotik yang pasti memenuhi citarasa semua.

Dari perisa tradisi kegemaran ramai seperti vanila, coklat dan oreo kepada buah-buahan yang berwarna-warni, DÔME menampilkan pelbagai perisa untuk semua pengunjung. Antara perisa yang boleh didapati di sini seperti Rocher Rocher, Kickers, Bacio, Blue Moon, dan juga Wild Berry Yoghurt.

Setiap perisa dibuat dengan menggunakan resipi tradisional Itali dengan bahan-bahan segar dan semulajadi. Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk menikmatinya dalam bekas atau kon yang rangup, di kafe DÔME ataupun di bawa pulang ke rumah.

DÔME Gelato Al Naturale kini boleh dinikmati di DÔME Bangsar Shopping Centre dan Suria KLCC. Pengunjung mempunyai pilihan hidangan satu skup (RM10), dua skup (RM18) serta satu Pint (RM38). Setiap harga termasuk 6% SST dan akan dikenakan 10% ke atas caj servis pada setiap pembelian.

Foto: DÔME Malaysia

Baca lebih lanjut: ECOTOPIA, ABSOLUTE SIAM & ICONCRAFT: DARI THAILAND KE MALAYSIA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGEMBARAAN NESPRESSO SEPERTI LOKAL DI PARIS, ISTANBUL DAN RIO DE JANEIRO

Bacaan Lanjut

MENU NASI RAMADAN ISTIMEWA DI DÔME CAFÉ

Bacaan Lanjut

KAFE MESTI KUNJUNG 2016

Bacaan Lanjut

#foodgasm2016

Bacaan Lanjut