THE EOS SERIES, SNIKER STYLISH TAWARAN PEDRO
TEROKAI INSPIRASI GAYA PADU-PADAN BERSAMA PEDRO DENGAN RAGAM SNIKER TERKINI, THE EOS SERIES.
Pedro memberi idea gaya yang ideal untuk lelaki musim ini. Jenama yang dikenali dengan suguhan aksesori stylish-menghadirkan rangkaian baharu the EOS series. Dedikasi lelaki yang dambakan keselesaan pada pemakaian kasut, namun turut mengutamakan gaya pada penampilan. Sniker the EOS series berstruktur moden, menghadirkan pilihan segar yang mengusung tampilan maskulin bergaya versatil. Perihal ini terbukti dengan koleksi terbaru ini yang dapat dipadankan dengan pelbagai opsyen gaya.

Mengambil inspirasi dari tamadun Yunani, atau spesifiknya Greek Goddess of Dawn, gambaran pada permulaan baharu dan simbol keyakinan. Rekaan baharu lanjutan dari koleksi Signature Sneakers, menemukan rekaan yang ‘bersih’ dan bernada minimalis.
Elemen istimewa pada sniker ini tentu sahaja pada kombinasi warna yang nyata menyerlah dan bertenaga. Mampu meningkatkan prestasi gaya untuk kelihatan lebih berkarakter. Anak-anak muda pasti tertarik pada rekaannya.


The EOS series untuk musim bunga 2022 ini menawarkan rekaan untuk lelaki dan wanita yang dengan mudahnya dipadankan. Lebih-lebih lagi buat golongan yang gemar menyuntik gaya streetwear dalam penampilan sehari-harian. Terdapat dalam empat warna, kasut reka bentuk uniseks ini mencipta identiti gaya yang unik.
Tona neutral dengan padanan warna pop, kasut EOS hadir dalam warna mustard untuk lelaki. Menciptakan kesan drama bagi gaya yang lebih menonjol. Untuk lelaki yang gemar stail yang lebih ringkas, sniker EOS dalam balutan warna Chalk merupakan cadangan terbaik.
Artikel berkaitan: THE SIMPSONS – INSPIRASI BUDAYA POP LEVI’S
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.











