THE SIMPSONS – INSPIRASI BUDAYA POP LEVI’S
Levi’s mengimbau kembali budaya pop bersama siri televisyen popular, The Simpsons untuk himpunan musim Bunga/Panas 2022.
Tidak boleh dinafikan, The Simpsons merupakan antara siri televisyen yang paling popular di seluruh pelusuk dunia. Selama tiga dekat, warga Springfield itu terus kekal menjadi rancangan hiburan dan komedi kegemaran peminat. Dengan kemewahan ikonografi serta kata-kata yang sering mewarnai pentas antarabangsa, Levi’s mengimbau kembali budaya pop bersama siri televisyen popular, The Simpsons untuk himpunan musim Bunga/Panas 2022.
Kolaborasi ini ternyata menepati aliran budaya pop semasa. Label denim klasik Amerika yang diasaskan pada 1873 turut terkenal menerusi ikonografinya. Simbol Levi’s dikenali diseluruh dunia, seperti watak ikonik The Simpsons yang menjadi fenomena budaya sejak 1990 lagi. The Simpsons adalah rancangan berskrip arus perdana yang paling lama disiarkan dalam sejarah televisyen dunia.
Bagi himpunan musim Bunga/Panas 2022, Levi’s® dan The Simpsons menghasilkan koleksi berinspirasikan gaya jalanan dengan cetusan aura yang mengimbau semula budaya pop dunia atau throwback pop culture. Menampilkan Bart, Lisa, Milhouse bersama sebilangan besar penduduk popular di Springfield, kerjasama ini akan membawa anda kembali ke era lain namun masih mengekalkan penampilan segar dan bergaya untuk zaman hari ini.
Antara elemen yang diketengahkan ialah Rompi Puffer yang boleh diterbalikkan dengan cetakan biru langit dan awan pada salah satu sisinya—sebagai tanda penghargaanpada kredit pembukaan rancangan itu — dan rona kuning The Simpsons pada sisi lain, di samping denim indigo pudar longgar Levi’s® Trucker yang menonjolkan grafik Bart Simpson menikmati minuman Squishee bersama logo ikonik Levi’s® Batwing.
Terdapat juga gabungan gaya yang diilhamkan daripada penggayaan pakaian sekolah sebagai penghormatan kepada Sekolah Rendah Springfield. Antaranya kemeja-t ringer, juraian pada baju panas dan jaket serta seluar korduroi kuning lebar inspirasi seragam sekolah vintaj. Rekaan jaket juga menyerlahkan lapisan cetakan keseluruhan dengan imej Lisa Simpson, Ralph Wiggum, Mrs. Krabappel, Otto Mann si pemandu bas dan pelbagai lagi watak kegemaran The Simpsons.
Turut menampilkan cetakan ‘Simpsons’ ialah rekaan topi bucket puffer. Bagi melengkapkan lagi koleksi kali ini adalah rangkaian aksesori Levi’s x The Simpsons, termasuk topi beanie bersulam serta beg silang bercorakkan awan dan langit biru.
Kolaborasi The Simpsons x Levi’s ini telah dilancarkan secara global pada 3 Mac 2022 dengan harga antara RM119 hingga RM649. Koleksi itu boleh didapati secara atas talia melalui levi.com.my atau terus di butik Levi’s® terpilih di seluruh negara.
Foto: Levi’s Malaysia
Baca lebih lanjut: 6 PERKARA YANG HARUS ANDA KETAHUI SEBELUM KE GENTING SKYWORLDS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEVI’S® MENGINOVASI DENIM 501® DEDIKASI MUSIM PERCUTIAN 2022
LEVI’S® menginovasi denim 501® menyuntik jangka hayat yang lebih lama dilengkapi perincian menarik. Gaya musim percutian nyata ‘stylish’!
PENEROKAAN SEMULA ARKIB 149 TAHUN LEVI’S
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Levi’s melakar semula arkib rekaan sejak 149 tahun dengan menceduk inspirasi untuk sebuah koleksi berjudul “Archives Reinvented”.
RESET KARL LAGERFELD UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022
Untuk musim bunga/panas 2022, Karl Lagerfeld menceduk inspirasi daripada elemen alam semulajadi dalam gaya estetika rock yang kekal menjadi signature label.
PENGALAMAN BELI-BELAH PERIBADI DI BUTIK INDIGO LEVI’S® SURIA KLCC
Barisan selebriti selebriti dan bintang media sosial seperti Sean Lee, Yonny Boii, Chubb-E dan Zhen Ningg antara yang hadir di pembukaan butik INDIGO di Levi’s® Suria KLCC.
KEBERSAMAAN DAN KESELESAAN GARAPAN LEVI’S RAMADAN 2021
Levi's bertukar fokus kepada kebersamaan dan diversifikasi dalam kempen Ramadan 2021. Menampilkan wajah-wajah semasa dalam penggayaan Levi's Ramadan 2021.
LEVI’S®X POKEMON, GEMILANG 25 TAHUN KARAKTER IKONIK POKEMON
Animasi ikonik, Pokemon menjadi 'tamu' baharu Levi's dalam merayakan himpunan musim bunga 2021. Bertujuan merai penglibatan 25 tahun Pokemon yang gemilang.