KUASA TARIKAN BOSS
MEMASUKI DIMENSI BAHARU, BOSS THE SCENT HADIR DENGAN AROMA MENGGODA YANG DIBINTANGI JACOB ELORDI DAN LAURA HARRIER MEMANCAR KEGHAIRAHAN.
Hadirnya aroma sensual dan intensiti ini dilengkapi pula bersama ilham filem BOSS The Scent yang diarahkan oleh Marco Prestini. Kuasa tarikan fenomena cinta baharu menerusi dua watak protagonis yang dilakonkan oleh Jacob Elordi dan Laura Harrier cukup menakjubkan. Pelakon Australia, Jacob Elordi yang cukup dikenali dalam siri Euphoria yang menjelma sebagai lelaki misteri berkarisma tinggi untuk wangian BOSS. Kehadirannya lambang keghairahan, keintiman dan berkeyakinan tinggi malah dia juga mewakili generasi baru lelaki BOSS masa kini. Manakala, aktres terkenal Laura Harrier mendedahkan sisi berbeza dalam tafsiran wanita BOSS The Scent yakni kebebasan, kekuatan dan keghairahan yang lebih maksima. Bintang Spike Lee’s BlacKkKlansman hadir dengan mood provokatif.

Dua koleksi berbeza untuk lelaki dan wanita beri intensiti luar biasa. BOSS The Scent Le Parfum for Him menawarkan tafsiran ikonik ambery yang juga intipati signature BOSS The Scent bersama bunga iris. Aromanya dibuka bersama halia afrodisiak dan nota buah Maninka lebih menyemarak aroma menggoda dan punya tarikan godaan dalam dimensi baharu. Sensualiti disebalik BOSS The Scent Le Parfum for Her punya sentuhan unik menerusi nota amber ikonik BOSS The Scent yang asli. Lapisan nota atas seperti Pink Peppercorn, Orange Blossom dan Vetiver yang bertembung dengan Akigalawood beri citarasa sensual.

Rekaan botol BOSS The Scent Le Parfum for Him hadir dengan semangat rona taupe yang terkurung dalam sangkar emas merah cetus kelainan dan keberanian manakala untuk koleksi wanita berbentuk permata dalam plum yang elegan lengkap bersama penutup pemantul cahaya kemasan emas merah. Setiap koleksi BOSS The Scent Le Parfum for Him boleh didapati dalam saiz 50ml dan 100ml dan BOSS The Scent Le Parfum for Her pula dalam saiz 30ml dan 50ml.
Artikel berkaitan Boss The Collection, 8 Haruman Eksklusif Hugo Boss
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI X KAHF, SINERGI MASKULIN ALAF BARU BERSAMA LANGKAWI INTERNATIONAL HALF MARATHON
Sinergi eksklusif GLAM Lelaki x Kahf membongkar kisah penubuhan Langkawi International Half Marathon (LIHM) melalui tayangan eksklusif filem dokumentari A Dream Path #JalanYangKuPilih. Dunia gaya hidup maskulin hari ini bukan sekadar tentang penampilan luaran yang kemas semata-mata. Ia sebenarnya sebuah refleksi kepada disiplin, kekuatan mental, dan semangat komuniti yang jitu. Jenama penjagaan diri lelaki terkemuka,…
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Teroka 5 item kolaborasi Piala Dunia FIFA 2026 terbaik pilihan GLAM Lelaki. Dari Loewe ke adidas, miliki gaya 'Blokecore' ini sekarang!
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
5 jenama kasut ini menjadi pilihan kebanyakan peminat fesyen masa kini. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi. Paksi fesyen lelaki hari ini tidak lagi terikat pada satu kod tegar. Kotak stereotaip memisahkan kasut formal dan gaya jalanan kini runtuh sepenuhnya. Lelaki moden mula menuntut sesuatu yang lebih hibrid dan versatil. Mereka mahukan…
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
PRADA SS27, MENENTANG ‘USELESS DESIGN’
Prada SS27 menentang ‘useless design’ menerusi koleksi 'Clarity'. Saksikan bagaimana Jaehyun NCT & Troye Sivan menghidupkan visi minimalis.
FRED PERRY LANCAR KOLEKSI TENIS 2026 DI KUALA LUMPUR
Sukan bertemu gaya jalanan premium. Terokai reka bentuk moden dan warisan gelanggang dalam Koleksi Tenis Fred Perry 2026 terbaharu.












