Skip to content

PANDU UJI: HYUNDAI TUCSON 2016

Kongsikan artikel ini
Teks: Sufian Sapari

ferntree-gully-hyundai-tuscon
Saya gemarkan model baru Hyundai Tucson ini kerana ketinggiannya, warna biru juga brek tangan elektronik seakan jentera Mercedes-Benz. Tucson baru memiliki badan yang lebih bold daripada sebelumnya. The All-New Tucson memiliki rekaan berani dan atletik dilihat melalui jalur-jalur gril radiator perak metalik chrome, garis-garis tajam menjelaskan model baru ini lebih tegas dan sharp.

Tucson punya panjang keseluruhan 4,475mm dan lebar keseluruhan sebanyak 1,850mm. Namun, lampu depan masih menggunakan Projector Halogen berbanding LED pada kereta baru masa kini. Daya tarikan Tucson model lama ialah sunroof, malangnya tidak ada untuk model terkini. Mungkin disebabkan keselamatan atau kos? Di bahagian belakang pula dilengkapi roof spoiler, kamera pakir dan sensor yang amat saya gemari.

hyundai1

Bahagian interior Hyundai Tucson baru

Ruang kabin lebih luas dan berkualiti kerana penggunaan material kulit napa putih yang hadir atas permintaan bersama harga tambahan. Jika versi standard hadir dengan kerusi kulit hitam yang elegan. Rekaan dashboard Tucson baru terlihat lebih luas, kualiti pembuatannya juga bagus, dominasi plastik berkualiti tinggi banyak digunakan untuk ruang dashboard. Setiap ruang digunakan sebaiknya mengikut kesesuaian.

Ciri-Ciri Tucson 2.0

  • Electronic Parking Brake (EPB)
  • Auto Cruise System
  • 6 transmisi kelajuan automatik
  • Drive Mode Control System

Tujuh warna pilihan iaitu
Pure White, Sepia Topaz, Pepper Grey, Platinum Silver, Ruby Wine, Ara Blue dan Platinum Black

Tiga pilihan warna tempat duduk kulit
Black leather, Red leather dan White nappa leather

HARGA: Hyundai Tucson Nu 2.0 MPI Executive tanpa insurans, RM142,632.50

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

TESLA ROADSTER, KERETA TERBANG BUKAN LAGI FIKSYEN

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut