Skip to content

RAIKAN SEMANGAT ENERGETIK CK EVERYONE EAU DE PARFUM

Kongsikan artikel ini

EKSPRES SEMANGAT ENERGETIK, TIMELESS BERSAMA BARISAN WANGIAN IKONIK CK ONE. CALVIN KLEIN BAWAKAN WANGIAN TERBARU MENERUSI CK EVERYONE.

Tampilkan diri tanpa batasan sudah menjadi inspirasi utama golongan belia kala menyatakan perasaan yang terbuku dalam diri. Calvin Klein membawakan visual ini dalam koleksi wangian terkini CK Everyone Eau de Parfum yang bersifatkan autentik dan ekspresi diri. Rekaan botol CK Everyone Eau de Parfum yang terlilit kemas dengan getah hitam dan putih lambang kepada koleksi Calvin Klein Underwear. Manakala pilihan penutup botol rona hitam pula adalah kod utama untuk CK Everyone Eau de Parfum.

Menangkap pula olfaktif terkenal ini, pakar wangian Alberto Morillas bersama Franck Voelkl dan Gabriela  Chelariu bersatu dalam mencipta aroma gender neutral serba unik. Aroma seperti citrus woody pembuka bicara untuk koleksi ikonik ini. Lebih segar bersama nota oren organik dari Mexico, dipertengahan aroma seperti bauan sensasi Black Tea dari Sri Lanka. Aroma teh ini adalah tradisi penting untuk barisan wangian CK One. Wangian terbaru ini cukup artistik dengan suntikan dinamik formula serba mewah.

Artikel berkaitan 5 HARUMAN UNISEKS UNTUK KAMU DAN PASANGAN

Formula Vegan turut terkandung untuk koleksi terbaru ini sebanyak 77% kerana ramuannya dari bahan semula jadi dan naturally-derived alcohol. Menerusi kempen wangian yang menampilkan barisan individu muda seperti aktor Evan Mock, artis Elliot Sumner, artis visual MLMA dan penyanyi rap Priddy meraikan kepelbagaian  dalam visual polimorfik yang berani yang memperkasakan diri  dan mentakrifkan semula sempadan yang menjauhi semua had dan batasan. Kempen ini dirakamkan oleh jurugambar Glen Luchford. Dapatkan wangian terbaru Calvin Klein di ZALORA Malaysia dengan harga RM 273 100ml dan RM377 200ml.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’

Bacaan Lanjut

PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN

Bacaan Lanjut

DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

Bacaan Lanjut

BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA

Bacaan Lanjut