5 HARUMAN UNISEKS UNTUK KAMU DAN PASANGAN
Jika ditanyakan kepada saya, secara peribadinya saya rasa haruman seeloknya tidak dibahagi-bahagikan kepada jantina, kerana kita seharusnya bebas menyukai bau apa yang sesuai dengan jiwa kita. Namun secara semula jadinya kita cenderung mengkelaskan beberapa jenis haruman berpandukan personaliti dan karakter. Jika aroma yang sarat dengan bunga-bungaan lebih sesuai disembur oleh perempuan kerana secara lazimnya bunga itu lembut dan sajak dipadankan dengan jiwa perempuan. Manakala bau-bau yang lebih kuat seperti bau kayu-kayan lebih sepadan dengan lelaki yang dibayangkan sebagai makhluk yang gagah dan kuat seperti pepohon kayu.
Kali ini saya bariskan lima haruman yang baunya bersifat universal, sesuai buat lelaki mahupun perempuan.
Calvin Klein CK All
Selain haruman ikonik CK One, CK All juga satu haruman uniseks yang patut anda berikan perhatian. CK All baunya sangat menyegarkan dan sungguh menyerlahkan identiti Amerika. CK All menggabungkan mandarin orange, bergamot dan grapefruit blossom. Bekasnya berwarna putih dalam kemasan pusam mencerminkan keringkasan haruman ini.
Christian Dior Spice Blend
Berdasarkan pengalaman saya, tiap kali menyembur haruman ini pasti ada yang bertanya haruman apa yang saya pakai. Haruman ini baunya saya sifatkan cukup tersendiri, dan tidak boleh dikategorikan untuk lelaki atau perempuan. Bau rempah pedasnya berkarakter, sesuai untuk lelaki dan perempuan. Bau ‘pedasnya’ menyenangkan hasil adunan kayu manis, pink pepper dan ekstrak rum.
Artikel Berkaitan: SEMBURAN ALAM SEMESTA HERMÈS
Diptyque Orpheon
Diptyque menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini dan sempena meraikan kegemilangannya selama enam dekad ini, Diptyque memperkenalkan Orpheon sebuah haruman yang diinspirasikan daripada kehidupan malam di bar-bar di tempat kelahirannya, Saint Germain, Paris. Sama seperti harumannya yang lain, Orpheon juga genderless. Baunya yang ini saya rasa powdery selepas digabungkan elemen penting sebuah kelab; inspirasi daripada minuman, dekorasi dan atmosfera malam.
Jo Malone, Basil & Neroli
Jika anda terbau haruman ini percayalah anda tidak akan katakana haruman ini untuk lelaki atau perempuan. Gabungan aromanya menemui titik tengah yang tepat dalam mengimbangi elemen tipikal bau-bauan lelaki dan perempuan. Bau neroli secara amnya cukup menenangkan dan basil pula memberi percikan ‘pedas’ dan hangat pada haruman ini. Seperti yang dinyatakan Jo Malone, campuran ini adalah gambaran kepada kota London yang ‘muda’ dan chic.
Aesop Tacit
Saya terlihat haruman ini di dalam IG story Charlie Puth dan betul-betul ingin tahu bagaimana baunya. Baunya fresh dan mahal, ada kelas tersendiri. Tacit menggambarkan estatik Aesop yang serba ringkas namun beridentiti.
Artikel Berkaitan: Bintang Baru Spiderman, Adria Arjona Wajah Haruman Armani
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
Garisan Kayu Nan Elegan Citra Pierre Yovanovitch
Studio reka bentuk yang membawakan kepelbagaian integrasi perspektif asal Perancis, Pierre Yovanovitch Mobilier membentangkan koleksi baharu objek rumah berjudul ‘Midi’.
GL FIRST: DIOR MEN SPRING 23 CAPSULE COLLECTION
Strim pertunjukkan Dior Men Spring 23 Capsule Collection pada 20 Mei, jam 11am (waktu Malaysia).
RAIKAN SEMANGAT ENERGETIK CK EVERYONE EAU DE PARFUM
Ekspres semangat energetik, timeless bersama barisan wangian ikonik CK ONE. Calvin Klein bawakan wangian terbaru menerusi CK Everyone.
AESOP DAN RICK OWENS
Pertemuan luar biasa antara figura fesyen mencetus kolaborasi paling ditunggu-tunggu. Koleksi edisi terhad dedikasi kepada sinergi antara Aesop dan Rick Owens.
TIGA PRODUK INI SOLUSI TERBAIK RAWAT MASALAH MATA LETIH
Rawat segera masalah lingkaran bawah mata kerana ia akan membawa kepada kulit penuaan. Tiga produk pilihanGL sebagai solusi terbaik