Skip to content

VISI KREATIF MARNI UNTUK UNIQLO

Kongsikan artikel ini

KOLEKSI UNIQLO DAN MARNI AKAN DILANCARKAN PADA PENGHUJUNG MEI NANTI. KOLABORASI PERTAMA BERSAMA MARNI HADIRKAN REKAAN RINGKAS DENGAN INJEKSI WARNA PENUH GAYA. 

Kerjasama yang dinanti-nantikan dengan MARNI telah menghasilkan koleksi yang berani dan penuh dengan keseronokan, dalam paduan identiti MARNI yang tersendiri. UNIQLO LifeWear yang dicirikan oleh rekaan bijak dan kepakaran teknikal dan estetika MARNI yang dicirikan oleh bentuk unik dan cetakan berwarna telah disatukan dalam almari pakaian yang segar dan terkini, serta boleh digayakan oleh setiap individu sebagai pakaian harian. 

Francesco Risso, Pengarah Kreatif MARNI, berkata, “Saya sangat teruja dengan kerjasama ini sejak awal lagi. Sepanjang proses, kami sentiasa memperjuangkan etos Uniqlo dan integriti yang terletak di sebalik visi jenama, memberikan tafsiran kami tentang LifeWear Uniqlo melalui cadangan yang baharu yang menggabungkan pakaian yang direka dengan sempurna dengan semangat luar biasa dan merangkul kehidupan MARNI.”

Uniqlo menyediakan kanvas kosong untuk bergabung sama penggunaan warna tersendiri yang cukup sinonim dengan MARNI. Dengan gaya pop, cetakan grafik ‘bold’ yang dicipta khusus untuk koleksi ini dipersembahkan dalam lakaran yang lebih besar dan lebih kecil dalam susunan yang menarik. Sebagai kontra kepada rekaan monokrom dan corak, sentuhan tambahan turut ditawarkan seperti siluet bernada santai dan volum belon tebal mengemas untuk penampilan harian. 

Anda akan menemukan desain pakaian versatil dalam konstruksi kontemporari, seperti kemeja berpotongan oversized, helaian luar yang unik, jaket parka, dan boxy jacket yang mengusung konsep ‘sophisticated essentials’. Don’t miss it! 

Artikel berkaitan: VISUAL FESYEN BALENCIAGA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

Bacaan Lanjut