Skip to content

“TRUTH NEVER PERISHES” – JOHNNY DEPP MENANG SAMAN FITNAH TERHADAP AMBER HEARD

Kongsikan artikel ini

Pelakon berbakat, Johnny Depp telah memenangi kes saman fitnah selepas bekas isterinya, Amber Heard yang didapati menipu dalam sebuah artikel atas talian.

Selepas enam minggu perbicaraan dijalankan, pihak juri di Fiarfax, Virginia, Amerika Syarikat telah memberikan kemenangan kepada Johnny Depp ke atas saman fitnah terhadap Amber Heard. Bekas isterinya itu telah diarahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak US$15 Juta (RM66 Juta) secara keseluruhan.

(Photo by Cliff Owen/Consolidated News Pictures/Getty Images)

Amber Heard telah didapati bersalah dengan menfitnah bekas suaminya melalui sebuah artikel atas talian di The Washington Post. Menurut Johnny, artikel berjudul “Amber Heard: I spoke up against violence” yang diterbitkan pada 2018 itu merosakkan reputasi dan menyebabkan kehilangan sumber pendapatan.

Walaupun tidak mendedahkan nama Johnny Depp, artikel itu telah menimbulkan kontroversi melalui kenyataan “figura awam yang mewakili penderaan domestik” oleh Amber Heard ketika kebangkitan gerakan sosial #MeToo. Pihak juri turut mengarahkan pihak Johnny Depp untuk membayar US$2 Juta kepada Amber Heard sebagai ganti rugi terhadap satu pertuduhan.

(Photo by Win McNamee/Getty Images)

Pelakon berusia 58 tahun yang terkenal melalui filem-filem ikonik seperti francais “Pirates of the Caribbean”, “Edward Scissorhands” dan “Charlie and the Chocolate Factory” itu tidak hadir ke mahkamah ketika keputusan dibacakan. Dia kini berada di United Kingdom untuk mengadakan konsert bersama Jeff Beck.

“The best is yet to come and new chapter has finally begun,” Johnny Depp berkongsikan kenyataan rasmi melalui pautan di akaun Instagram selepas keputusan dibuat oleh mahkamah. Dia menutup kenyatan tersebut dengan “truth never perishes”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johnny Depp (@johnnydepp)

 

Kedua-dua pelakon itu telah berkahwin pada Februari 2015 selepas bekerja bersama dalam filem “The Run Diary” pada 2011. Mereka bercerai pada Januari 2017 selepas Amber mengfailkan sekatan terhadap Johnny atas tuduhan penderaan fizikal.

 

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: TEROKAI 5 PENGINAPAN AIRBNB PALING LUAR BIASA DI MALAYSIA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TANDA SOKONGAN ROBERT DOWNEY JR BUAT JOHNNY DEPP

TANDA SOKONGAN ROBERT DOWNEY JR BUAT JOHNNY DEPP

Bacaan Lanjut
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG

5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
JOHNNY DEPP PAMER EFEMERA & ARTIFAK PERIBADI DI PAMERAN SENI

JOHNNY DEPP PAMER EFEMERA & ARTIFAK PERIBADI DI PAMERAN SENI

Bacaan Lanjut
HATI JOHNNY DEPP KINI MILIK MODEL RUSIA BERUSIA 28 TAHUN

HATI JOHNNY DEPP KINI MILIK MODEL RUSIA BERUSIA 28 TAHUN

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

Bacaan Lanjut
TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK

TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK

Bacaan Lanjut