JOHNNY DEPP PAMER EFEMERA & ARTIFAK PERIBADI DI PAMERAN SENI
Nampaknya kerjaya Johnny Depp sebagai seniman terus berkembang.
Bintang Pirates of the Caribbean itu akan melancarkan ‘pameran pengalaman mendalam’ pertamanya bertajuk A Bunch of Stuff pada bulan Oktober di New York City. Ia akan menampilkan karya seni yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Juga pelbagai artifak peribadi dan efemera daripada studionya sendiri.
Menurut siaran media, pengalaman menghadiri pameran A Bunch of Stuff bagaikan berkunjung ke studio Johnny bersama pelakon itu sendiri dan melangkah ke dalam dunianya. Projek itu dilaporkan mendapat kerjasama daripada beberapa nama-nama besar dalam industri seni.
Johnny Depp Mengajak Peminat Menerokai Kehidupannya
Menurut laman web ABunchOfStuff, pengunjung akan disajikan dengan pameran multimedia yang menampilkan bilik imersif berskala besar termasuk ruang galeri tradisional dan bertema. Ia akan membawa pengunjung ke beberapa fasa berbeza dalam perjalanan hidup dan seni Johnny, yang diperkaya dengan naratifnya sendiri.
A Bunch of Stuff dipersembahkan oleh BAUART dengan kerjasama Pantheon Art dan TAIT, manakala lokasi pameran disediakan oleh Kagency. Ia akan dibuka kepada orang awam bermula 4 Oktober 2024.
Bintang berusia 61 tahun ini menjadi pujaan ramai sejak menerokai kerjaya sebagai seniman pada 2022. Pada tahun iu, dia berjaya menjual 780 lukisan edisi terhad pada harga RM15.6 juta menerusi 37 galeri Castle Fine Art.
Setiap lukisan dijual pada harga RM21,000 manakala satu set yang merangkumi empat lukisan pula dijual pada harga RM80,000. Perkongsiannya mengenai jualan itu di Instagram dengan kapsyen ringkas “NOW AT CASTLEFINEART” mendorong trafik ke laman sesawang galeri itu sekali gus menyebabkannya lumpuh.
Koleksi rebutan ramai itu memberi tumpuan kepada ‘Friends & Heroes’ termasuk karya stail seni pop Bob Dylan, Keith Richards, Elizabeth Taylor dan Al Pacino.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG
Kebanyakan bintang lelaki Hollywood pernah memiliki rambut panjang sepanjang kerjaya mereka terutama pada tahun 80-an dan 90-an.
HATI JOHNNY DEPP KINI MILIK MODEL RUSIA BERUSIA 28 TAHUN
Artis serba boleh, Johnny Depp nampaknya sudah pun menemui kebahagiaan yang dicari-cari selepas bercerai dengan Amber Heard.
TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA
Timothee Chalamet mengikut jejak langkah Gene Wilder dan Johnny Depp dengan menggalas watak Willy Wonka dalam prekuel terbaru.
TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK
Filem Jeanne Du Barry lakonan Johnny Depp yang dipertontonkan di Festival Filem Cannes meraih sambutan luar biasa daripada penonton.
JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH
Jenama mewah Perancis, Dior terus memberi sokongan dan memperkukuhkan hubungannya dengan aktor dan penyanyi, Johnny Depp.
JOHNNY DEPP TAMPIL SEBAGAI RAJA LOUIS XV DALAM TRELER PERTAMA JEANNE DU BARRY
Selepas beberapa tahun perjalanan kerjayanya terganggu, Johnny Depp bakal membuat kemunculan semula di layar perak menerusi filem Perancis, Jeanne Du Barry.