KEHANGATAN MALAM GLAM LELAKI, MUSIC GIVES BACK SIRI II

GLAM Lelaki Music Gives Back siri II bermula 15 minit lewat. Masing-masing masuk ke dalam The Bee@Publika membawa beg kertas lambang GLAM bersama produk Dermalogica di dalamnya bersedia menanti persembahan.
Editor GL, Abdul Aziz Draim memulakan acara menceritakan objektif sebenar siri Music Gives Back ini, lantas Najwa Mahiaddin mengambil alih acara, tampil cukup masyhur dengan lagu terbarunya, Ocean. Showcase amal siri II disusuli alunan single popularnya Got To Go. Lagu diolah perlahan, Najwa menyanyi bersama iringan piano yang dimainnya sendiri penuh penghayatan.

Persembahan oleh Sean Ghazi yang lebih selesa menyanyi di lantai tari lebih intimasi. Beliau tampil dengan lagu Call Me Irresponsible, Ku Impikan Bintang, The Way You Look Tonight, Save The Last Dance dan sebagai encore, Crazy Little Thing Called Love, mendekatkan diri kepada penonton ke meja-meja mengajak mereka menyanyi bersama.

Kemuncak showcase amal siri II menyaksikan Ali Aiman tampil dengan lagu Every Little Thing, Jika Aku Seorang Robot dendangan asal MonoloQue, Breathe, Poster Girl dan Morning Sun hadir dengan groove yang sangat baik.

Saya kira Ali Aiman seorang yang bijak dalam permainan melodi dari saat petikan piano sehingga kepada feel Ali sendiri dalam penyampaiannya, sebilangan peminat Ali Aiman yang hadir berbilang bangsa teryata teruja dengan penampilan Ali kali ini. Cara ini mendekatkan lagi Ali dengan mereka sambil masing-masing sempat bersapa mesra selepas acara berakhir.
Trivia
#GLAMLELAKIMUSICGIVESBACK Siri 2
- Sesuatu yang cukup istimewa dan membanggakan apabila melihat Sean Ghazi dengan lagu genre klasik dan jazz dialunkan dengan cukup indah dan mengasyikkan sekali.
- Lagu Morning Sun oleh Ali Aiman hadir dalam nuansa cukup moden dan feel yang baik pada malam showcase siri II.
- Kamalrulizwan Jallaludin, Partnership Development (Gov) Teach For Malaysia hadir mewakili organisasi Teach For Malaysia pada malam Music Gives Back menerima sumbangan daripada pengarang GLAM Lelaki di akhir acara.

- GLAM Lelaki Music Gives Back menjangkakan Showcase Amal Siri III yang akan datang- menampilkan Black Hanifah dan Tomok- bakal mendapat sambutan yang lebih hangat.
- Sebilangan hadirin terus bersantai di The Bee hingga lewat malam untuk menjamu selera dan menghabiskan masa bersama teman-teman.

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.












