PECUTAN PADU MERCEDES A 200

Tiada yang setangkas si hijau Mercedes A 200 AMG Line. Kita cerita tentang rekaan luar yang mendapat sentuhan baru membabitkan bahagian lampu hadapan LED, reka bentuk lampu belakang serta padanan ekzos berkembar bagi menampakkan sisi sporty.
Selain warna hijau dan lawanan perak pada krom dan logo di depan yang sememangnya menangkap mata. Sebagai pemandu, seharusnya saya lebih merasai kelainannya.
Ruang kabin hadapan dilengkapi skrin lebih besar bersaiz 8 inci kemasan terkini pada papan pemuka hingga ada yang beranggapan ianya sebuah iPad. Paling penting sistem yang berfungsi pada skrin boleh dikatakan mesra pengguna. Ia mampu disambungkan dengan peranti yang anda biasa pakai termasuklah iPod.
Bercakap tentang prestasi, generasi baru A-Class ini berjaya menggabungkan kuasa jentera sport dengan keselesaan. Terwujud ciri-ciri Dynamic Select yang membolehkan kita mengubah karakteristik pemanduan hanya di hujung jari saja. Kegemaran saya ialah gear yang terletak bersama batang signal dan wiper tetapi di sebelah kanan. Mengapa saya gemarkannya? Tentunya kerana ia memudahkan pemanduan saya dan kedudukannya terletak pada sudut pandang mata yang membuat pemandu takkan hilang fokus. Model ini disemat enjin berkecepatan 7.8 saat daripada 0-100km/j dan tork 250Nm pada 1250-4000 rpm. Jentera hebat ini mampu memecut hingga kelajuan tertinggi 224km. Seperti biasa sistem brek dan kawalan stereng sungguh mempersonakan berbanding jenama lain setandingnya.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.











