KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Uniqlo mempersembahkan himpunan yang menghidupkan semula helaian klasik dalam ilham nan autentik untuk gaya hidup hari ini.
Apakah yang terlintas dalam fikiran anda apabila mendengar perkataan ‘klasik’? Mungkin jaket tweed, kot trench atau baju panas cashmere yang kekal relevan sepanjang zaman. Untuk musim luruh/sejuk 2022 kali ini, Uniqlo mempersembahkan himpunan LifeWear yang menghidupkan semula helaian klasik dalam ilham nan autentik untuk gaya hidup hari ini.

Tema “Today’s Classics” diangkat oleh label gergasi dari Jepun ini sebagai persediaan untuk menghadapi musim luruh dan sejuk nanti. Koleksi ini merangkumi jaket panas yang ringan, kota kalis air dan juga helaian kait yang menggunakan teknologi Wholegarment yang terkini, juga mengekalkan rekaan sisi autentik setiap helaian klasik.

Kelestarian alam menjadi falsafah utama dalam koleksi musim ini. Denim yang klasik dalam apa juga keadaan menampilkan fabrikasi denim yang menggunakan kurang air, selain jaket yang dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Tidak dilupakan, material fleece dihasilkan daripada botol-botol platik untuk melangkah ke masa depan lebih lestari.
Baca lebih lanjut: SELEPAS 20 TAHUN, BEN AFFLECK SAH MENJADI SUAMI JENNIFER LOPEZ

Seperti musim-musim sebelum ini, Uniqlo akan mewarnai kehadiran musim luruh/sejuk tahun ini dengan beberapa koleksi kolaborasi hangat yang dinanti-nantikan oleh peminat. Barisan kolaborasi ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Dari jaket kepada kemeja juga pakaian dalam, Uniqlo mengambil langkah yang lebih seimbang dan holistik dalam menghasilkan rangkaian pakaian untuk semua. Desain helaian klasik pada hari ini akan sentiasa relevan pada masa hadapan, kerana koleksi LifeWear ini bergaya pada hari ini dan esok.
Foto: Uniqlo Malaysia
Baca lebih lanjut: SELEPAS 20 TAHUN, BEN AFFLECK SAH MENJADI SUAMI JENNIFER LOPEZ
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.











