ACME SOCIETY, EPILOG SIRI TRILOGI WARDROBE
Label tempatan, Wardrobe bakal mempersembahkan koleksi “Acme Society” yang mengenegahkan puncak kematangan dalam mengabadikan elemen fesyen terkini dalam kehidupan harian lelaki masa kini.
Bersempena dengan Mercedes Benz Fashion Week 2022, Wardrobe selaku jenama busana lelaki premium tempatan bakal mempersembahkan epilog dari siri trilogi koleksi fesyen yang berjudul “Acme Society”. Koleksi kapsul ini akan menampilkan 30 busana terpilih yang mempamerkan siri perkembangan dan cita rasa fesyen premium tanpa mengkrompomikan karakter fikiran seseorang.
“Perkataan ‘acme’ bermaksud ‘tahap keunggulan mutlak atau dibangunkan dengan perkembangan yang paling terkini’. Selepas Hidden Depth, koleksi musim luruh/sejuk 2019 dan Sub-Surface, koleksi musim bunga/panas 2022, koleksi ini akan menonjolkan puncak tahap kematangan sebagai sebuah refleksi identiti dan personaliti yang sentiasa berubah-ubah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe, Lim Fang Heng.
“Busana lelaki klasik akan sentiasa relevan dalam dunia fesyen terutamanya di dalam segmen ‘luxury’. Ini adalah DNA Wardrobe dan prinsip utama reputasi kami. Namun begitu, kami perlu beradaptasi dengan aspirasi terkini para klien kami,” tambahnya lagi.
Dengan kewujudan “Acme Society”, Wardrobe nekad untuk mencabar konsep sut tradisional dalam pemakaian lelaki moden. Sut kini dibentuk oleh kombinasi elemen pakaian yang berbeza, dan membuka ruang kepada konsep fesyen yang lebih personal dan tersendiri. Lantas, ia melangkaui penampilan luaran semata-mata dan dibentuk oleh gabungan pengalaman, cita rasa dan inspirasi yang pelbagai.
Dibahagikan kepada tiga segmen, Wardrobe melalui “Acme Society” akan menampilkan rona tanah, seleksi skala kelabu, serta corak fesyen yang pelbagai, Daripada kotak ‘glen’ sehinggalah sentuhan ‘plaid’ dan jaluran; epilog siri trilogi ini bakal diakhiri dengan sentuhan fesyen yang terang dan berani dengan rona gelap seperti merah hati, ‘burgundy’ dan juga hitam.
Foto: Wardrobe
Baca lebih lanjut: KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!
Levi's dan Stussy adalah kolaborasi yang paling ditunggu semua peminat denim. Kolaborasi ini, menerapkan ciri khas Stussy kedalam koleksi denim Levi's bagi menghasilkan gaya yang lebih klasik.
10 GAYA FESYEN IKONIK HARRY STYLES YANG MEMUKAU MATA
Harry Styles membuktikan dirinya sebagai salah seorang artis terbesar dan paling berpengaruh dalam muzik. Nama gah Harry Styles juga tidak asing lagi dengan gaya fesyen ikonik dan pelik.
7 STAIL FESYEN PELAKON ‘PROJEK: HIGH COUNCIL’ YANG BOLEH JADI RUJUKAN LELAKI MASA KINI
Generasi pelakon baharu terutamanya daripada siri hangat, “Projek: High Council” punya stail fesyen dan karakter tersendiri yang boleh dijadikan rujukan lelaki masa kini.
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2023 BERLUTI BAKAL MEMUKAU MATA TAHUN INI
Berluti mengeluarkan koleksi musim bunga/panas tahun 2023 dengan menggabungkan identiti asli Paris dan stail fesyen dari Itali.
#GLFIRSTFESYEN PERTUNJUKAN DIOR MEN WINTER 2023 – LIVESTREAMING
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan koleksi Dior Men Winter 2023 secara langsung pada 20 Januari 2023 terus dari kota Paris.
TUAH WAJAH ROBERT PATTINSON UNTUK DIOR SPRING 23
Robert Pattinson menghiasi kempen Dior musim bunga 2023. Terlihat bergaya dalam koleksi pakaian dan aksesori utama Dior musim bunga 2023.