FORMULA ANTIBAKTERIA PILIHAN MANDIAN MASA KINI
HIDUP LEBIH BAIK, LEBIH TERJAGA DENGAN RANGKAIAN MANDIAN TERBARU FOLLOW ME YANG MENYENANGKAN GAYA HIDUP ANDA.
Sudah menjadi trend masa kini, segalanya berasaskan formula antibakteria. FOLLOW ME turut perkenalkan rangkaian mandian badan yang berasaskan formula antibakteria. Dua produk iaitu FOLLOW ME Anti-Bacterial Deep Cleansing Charcoal dan FOLLOW ME Anti-Bacterial Daily Detox Tea Tree bakal menyempurnakan aktiviti mandian anda di rumah.
Mandian badan FOLLOW METM Deluxe Gold Anti-Bacterial serba baharu dirumuskan dengan formula berasaskan tumbuhan dengan Formulasi Unggul yang membunuh 99.999% kuman dan bakteria berbahaya. Deluxe Gold ialah formula piawaian emas yang diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semula jadi seperti melaleuca (tea tree) & arang yang diketahui mengukuhkan lagi ramuan antibakteria yang memberikan perlindungan berserta haruman semerbak yang menyegarkan. Produk ini dicipta untuk memberikan pengalaman mandian yang lebih menarik kepada pengguna, sekali gus memberikan ketenangan fikiran dengan formula antibakteria semula jadi yang melindungi kulit. Hasil ujian dermatologi juga mengesahkan bahawa rangkaian mandian FOLLOW ME Antibakterial ini tidak mengandungi paraben mahupun triklosan serta terbukti lembut ke atas semua jenis kulit. FOLLOW METM Deluxe Gold terbukti Halal, selamat, lembut dan sesuai untuk seisi keluarga.
Siri FOLLOW METM Deluxe Gold Anti-Bacterial mengandungi formula unggul yang Halal serta lebih berkesan yang membunuh 99.999% kuman dengan bahan-bahan antibakteria berasaskan tumbuhan lebih unggul yang telah diuji ke atas bakteria E. Coli dan Salmonella. Formula FOLLOW ME™ baharu dengan arang semula jadi dan ekstrak melaleuca (tea tree) telah diuji secara dermatologi dan terbukti mampu membersih dan detoks kulit secara mendalam, tanpa alkohol, tanpa sabun dan tanpa minyak mineral:
Kenali dua produk terbaru ini:
FOLLOW METM ANTI-BACTERIAL DEEP CLEANSING CHARCOAL
FOLLOW ME™ Deluxe Gold Deep Cleansing Anti-Bacterial Body Wash; mandian badan dengan rumusan unggul yang Halal, diperkaya dengan ekstrak arang semula jadi untuk membersihkan secara rapi dan menghapuskan 99.999% kuman. Arang memberikan pelbagai manfaat kepada kulit seperti pembersihan rapi dan peluluran tanpa menghapuskan minyak semula jadi pada kulit. Ia juga membuang kotoran yang lebih dalam, termasuk kulit mati dan bintik hitam dan menyahtoksinkan dan mengetatkan kulit dan pori. Produk yang tidak merengsakan ini telah diuji secara dermatologi dan lembut kepada kulit, lantas memberikan perlindungan bakteria semula jadi dan serba lengkap untuk seisi keluarga.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.











