Skip to content

#GL15TAHUN WOMAN OF THE YEAR, AINA ABDUL

Kongsikan artikel ini

Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan WOMAN OF THE YEAR, AINA ABDUL.

Baju panas, skirt, tali pinggang & kasut tumit, PRADA

Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO Penata Hijab YAYA IBRAHEM

 

AINA ABDUL, 29,

Penyanyi & Penulis lirik

Aina berpunya mantra untuk menjadi sang penghibur yang kencang saat memulakan rencana sebagai anak seni. Energi ini terbias jelas dari keperibadian luarannya, dan secara simboliknya Aina adalah seorang penyanyi yang untouchable kala membuat persembahan di pentas. Sekali gus, menuruti visi untuk tidak memberi satu warna sahaja malah tampil dalam kepelbagaian spektrum. Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung di Istana Budaya pada hujung Jun lalu berjaya melakarkan satu pencapaian baharu dalam kerjaya seninya yang cukup luar biasa. Lantas, meninggalkan memori indah buat peminat setia serta penonton yang hadir.

Sebagai seorang wanita apakah stigma yang Aina mahu ubah?

Bila disebut ‘woman’, ada sama ‘man’ dipenghujung katanya. Ia membawakan erti dari sudut figura seorang wanita, kita juga berpunya sisi maskulin seorang lelaki dalam olahan cara yang tersendiri. Jangan pernah rasa peranan seorang wanita itu hanya untuk melengkapi dan menjadi pembantu kepada seorang lelaki. Wanita juga boleh bergerak sendiri!

Jaket, kemeja & tali leher DIOR. Topi BURBERRY

Intipati seorang wanita hari ini?

Kita kuat tapi manisnya dalam wanita ini juga berpunya sisi kelembutan itu. Itulah yang menjadikan kita unik dan tidak sekali membiaskan kenegatifan. Kita ada juga bijak untuk menghidupkan atau mematikan emosi itu. Wanita beradaptasi kepada persekitarannya dengan cepat lalu peka untuk membuat keputusan. 

Menerusi fesyen, Aina mahu dilabel pelik atau sebaliknya?

Pada mula menapak dalam industri seni ini Aina sama sekali jauh dari apa yang ditampilkan hari ini. Very straight forward, pendek kata Aina saat itu belum menjadi Aina Abdul lagi. Belum mencapai tempoh matang dan setelah itu, Aina Abdul tampil dengan paduan mekap serta gerobok yang terdorong dalam Ballroom Culture. Budaya drag queen membantu Aina untuk membentuk langsung menemukan identiti buat Aina Abdul. Everyone and anyone can be whoever they want to be, dan tidak bermakna sebagai seorang hijabi saya terbatas untuk berfesyen. 

Jam tangan, MONTBLANC. Gaun, BEHATI.

Mendepani kecaman, bagaimana Aina menjaga kesejahteraan mental untuk cekalkan diri?

Aina Abdul yang sebenar adalah sangat sensitif. Dahulu saya kerap membaca komen, namun saat ini, Aina rasa ia tidak memberikan manfaat sebaliknya hanya akan menjejaskan tahap kesejahteraan mental ini. Tidak terhenti disitu, Aina bakal membiaskan emosi atau perasaan negatif itu buat orang di sekeliling yang bekerja dengan Aina. Saya benci sekiranya terjerat dalam situasi itu, bila terpaksa berkerja dengan seorang perempuan yang moody. Oleh itu saya berhenti dan saya tahu Aina adalah seorang yang kuat di luar pentas seni. 

Inspirasi ikon penyanyi?

Dari stail vokal dan gaya persembahan Aina di pentas, saya mengagumi penyanyi Lara fabian. Sebagai seorang penyanyi yang bergantung dalam pengolahan vokal yang kreatif, Lara is a legend and a good belter. Tetapi sisi lain pula, Aina memuja Lady Gaga kerana serba sedikit latar belakangnya sama seperti Aina. Dia memulakan kerjaya menyanyi di kelab malam, sama seperti Aina. Bila dia memutuskan untuk menjadi Lady Gaga, bukan Stefani Germanotta yang normal; Aina boleh kaitkan dengan itu. Langsung, cuba untuk mempraktikkan pesona di atas pentas sebagai Aina Abdul bukannya Nurul Aina Abdul Ghani.

Pautan Berkenaan: #GL15TAHUN EVER SO COOL, SYAFIQ KYLE

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut