#GL15TAHUN EVER SO COOL, SYAFIQ KYLE
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan EVER SO COOL, SYAFIQ KYLE.

Jaket & seluar GUCCI
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
SYAFIQ KYLE, 30
Pelakon & Usahawan
Sudah bertapak lebih dari sedekad dalam lapangan seni tempatan, Syafiq Kyle memegang mantra untuk memudahkan urusan orang sekelilingnya dan saling menghormati sesiapa pun. Tidak kira rakan seperjuangan di barisan hadapan, di belakang tabir mahupun peminat. Syafiq, bakal tampil memerankan watak Iman Syah menerusi drama drama bersiri 10 episod terbaru yang ditayangkan di slot Astro Originals. One Cent Thief diinspirasikan daripada kejadian sebenar yang mengisahkan eksekutif bank menggodam sistem untuk mencuri satu sen daripada setiap akaun pelanggan. Sekali gus, memerlukannya melakukan babak aksi hampir separuh daripada jalan ceritanya.

Blazer & rantai logo, DIOR.
Nasihat Syafiq kala usia 15 tahun dahulu…
Saya akan menasihati diri untuk bersikap lebih tenang, lebih cool dan pelajari sebanyak skil baharu selagi terdaya! Kerana ia tidak sekali mensia-siakan, bahkan bakal menjadi referensi untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.
Intipati maskuliniti masa kini.
Terlebih dahulu, saya tidak meletakkan label, baik untuk lelaki atau wanita. Kita harus mempunyai rasa hormat dan mempunyai citarasa yang lebih baik dalam memilih pasangan. Tidak sekali terburu-buru. Namun, secara dasarnya lelaki masih tidak terlepas dalam memikul tanggungjawab yang besar dalam setiap sisi. Tidak hanya melindungi atau menyara, sepertimana fahaman konvensional yang terpalit sejak azali buat kaum lelaki. Tidak jatuhnya martabat lelaki jika mengemas rumah atau memasak, saling mengimbangi tugas bersama pasangan di rumah.

Jaket GUCCI
Satu perkara yang mahu diubah dalam bergelar anak seni?
Saya rasa bukan saya seorang saja mahu menukar, bahkan segenap komuniti ini memegang impian yang sama untuk mengubah mentaliti juga cara untuk mendidik penonton menerusi sajian cerita yang lebih kreatif. Sekiranya, tidak dapat menyiarkan kandungan yang lebih intelektual dalam memperlihatkan jalan cerita yang lebih fun atau santai; sekurang-kurangnya kita ada kreativiti yang tinggi dari segi pembikinan. Maksud saya dari segi pelaksanaan filem, memfokuskan kepada butiran atau perincian sekelilingnya. The look and feel secara asasnya, jika ia sempurna itulah benda yang paling urban saat ini.
Sebarang perubahan yang diperlihatkan?
Sudah tentu ada perubahan yang positif. Bukan saya saja, ramai yang mendepani dugaan yang mana boleh menjadi positif atau negatif. Saya rasa benda itu banyak mengajar saya untuk tampil dengan pantas dalam menyuarakan keputusan.
Memandangkan kita dalam pandemik, membuat keputusan dengan cepat itu adalah rincian terpenting. Jangan takut untuk membuat keputusan yang salah dan jangan bangga dengan keputusan yang betul.

Beg silang, MONTBLANC. Tanktop dan seluar, H&M.
Apa resipi kejayaan untuk tampil relevan?
Pertama sekali, saya perlu kata itu adalah rezeki. Namun, sebagai anak seni kita bekerja secara berpasukan. Demikian, amat penting buat sesiapa pun untuk memudahkan urusan orang sekelilingnya. Lantas, kerja kita juga bakal senang. Saya senantiasa mementingkan nilai ini serta menghormati semua individu dalam industri ini. Dengan hormat, rezeki itu bakal hadir, dan tuah kita bakal berpanjangan. Mulakan dengan perkara yang mudah seperti menghadiahkan sebuah senyuman yang mampu menenangkan hati yang gundah saat melangkah di tempat kerja. Percayalah ia adalah perkara paling mudah dan paling relevan untuk saat ini!
Baca lebih lanjut: #GL15TAHUN GLORIOUS TEA CONNOISSEUR, BRYAN LOO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 SEBAB KENAPA LELAKI PERLU BERJAMBANG
Bukan hipster, bukan selekeh. Namun berjambang memberikan kebaikan tersendiri buat lelaki.
5 SEPATU BOOT LELAKI TERBAIK MESTI MILIKI
Sepatu boot kini dilihat bukan sahaja kasut praktikal, malah ia sebagai aksesori fashion statement yang meningkatkan lagi penampilan keseluruhan lelaki sambil memberikan keselesaan dan fungsi.
TIPS UNTUK MEMILIH DAN MENGGAYAKAN FESYEN OVERSIZED
Mahu cuba menggayakan fesyen oversize? Cuba tip-tip daripada GLAM Lelaki untuk fit yang cool dan kemas.
BOSAN ASYIK KENA FRIEND ZONE? INI CARA TERBAIK UNTUK BREAK-FREE!
Anda mula tawar hati kerana asyik kena friend zone oleh orang anda suka? Jangan risau, kami ada jawapan untuk keluar daripada masalah ini.
7 KATEGORI LELAKI WANITA SEBOLEHNYA MAHU ELAK! ADAKAH ANDA TERSENARAI?
Buat lelaki seperti anda, sebenarnya ada kategori lelaki yang seboleh-bolehnya akan dielak oleh kaum perempuan. Jadi, adakah anda antara yang tersenarai? Let's check it out!
KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG
Muncul kelibat kerabat yang mencuri perhatian sepanjang Kembara Kenali Borneo baru-baru ini, lantas timbul tanda soalan, siapa Tengku Amir Nasser Ibrahim sebenarnya?