Skip to content

#GL15TAHUN GLORIOUS TEA CONNOISSEUR, BRYAN LOO

Kongsikan artikel ini

Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan GLORIOUS TEA CONNOISSEUR, BRYAN LOO.

Baju panas, kemeja & seluar BURBERRY

Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO

BRYAN LOO, 37 

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings (Tealive dan Bask Bear Coffee & Wonderbrew)

Saat ini, jenama minuman teh yang melengkapi gaya hidup masa kini ini sudah melayani lebih daripada lima juta pelanggan saban hari. Selain berpunya 760 cawangan di Malaysia, Tealive juga tersedia di Australia, Brunei, Myanmar, Filipina, UK, Vietnam dan Kemboja. Dijangka meluaskan empayarnya dengan membuka 1,000 cawangan menjelang 2024; September ini, Tealive meraikan gerbang niaganya yang pertama di Curepipe, Mauritius. Kemudian, mengusulkan matlamat untuk mengembangkan cawangannya di Afrika serta di Kanada bermula Oktober depan.

Intipati maskuliniti masa kini.

Siapa pun yang bernafas di dunia ini, rata-ratanya terdorong menggenggam kesuksesan demi mencari kepuasan peribadi dan profesional. Saat ini, sebagai seorang lelaki alaf baru, kita perlu fokuskan pemikiran untuk meneruskan langkah kehadapan serta tampil konsisten. Sekali gus, membudayakan pemikiran positif setiap hari kerana kita berhadapan dengan era baharu yang tidak pernah dipertemukan sebelum ini. Misalnya, mendepani cabaran pandemik ini.

Stigma mengenai lelaki yang mahu diubah.

Lelaki dan kerjaya, dengan membuka lebih ruang dan peluang kerjaya untuk wanita seganding kaum lelaki tidak bermakna bakal menjejaskan status quo kaum lelaki. Tambah lagi, tidak sekali menjejaskan peluang lelaki malah wanita boleh jadi sama kuat dan lelaki hanya perlu mengambilnya lebih positif. kita harus menyokong dan memberi sumbangan untuk memupuk pemimpin tanpa ada jurang diantara gender.

Apakah hala tuju atau rencana yang mahu ditawarkan?

Visi saya ialah untuk memupuk budaya minum teh moden di serata pelusuk dunia. Misi kami pula adalah untuk mengetuai operator minuman teh terkemuka di Asia Tenggara menjelang 2024. Dari situ, kami akan mencapai target 1000 stor. Juga menawarkan kepelbagaian cita rasa minuman untuk segenap lapisan usia lalu berorientasikan kekeluargaan. Malah, dijual dengan harga yang berpatutan.

Bagaimana sukses membentuk kerjaya sebagai usahawan.

Manisnya kejayaan itu bila saya dapat mendefinisikan juga memperkenalkan budaya ‘ngeteh’ atau konsep tea-house yang baharu; selain berpunya kepelbagaian menu konkoksi minumannya. Paling pentingnya, budaya ‘ngeteh’ ini bakal berterusan, sama sekali bukan hype atau sekadar menuruti trend global semata. Hari ini, Tealive membuka cawangannya hampir di semua jenis lokasi, tidak kira di luar bandar mahupun di kota. Itu adalah saat yang paling membanggakan untuk kami, selain berjaya membawa jenama Malaysia ke luar negara. Dari situ, saya benar-benar percaya lantas memegang kemas slogan Malaysia Boleh!

Jam tangan & beg galas, MONTBLANC. Blazer, WARDROBE.

Intipati Bryan Loo untuk menjadi usahawan yang relevan lagi sukses.

Satu formula yang diterapkan, sentiasa berfikiran luas pada permulaannya bagi membina satu budaya baharu. Namun, masih memegang kepada idea yang praktikal lagi realistik dalam mengolahkan rencana atau satu perkara yang boleh dicapai atau dijangka. Kemudian, mendorong diri untuk mengadaptasikan segala kemahiran yang terkait dengan pantas.

Idola dalam membimbing kejayaan.

Sudah tentu, bapa saya. Saya memulakan perniagaan bersamanya meskipun beliau sudah pencen kala itu. Beliau banyak memberi motivasi dan menjadi contoh terbaik dalam merencanakan perincian kehidupan peribadi lantas mencorakkan fahaman berbisnes dalam diri sejak kecil. Saya ingin membina kehidupan yang berjaya yang bermakna dan bertujuan bersama isteri dan anak-anak; sepertimana yang dipamerkan oleh bapa buat saya kami adik beradik yang lain.

Pautan Berkenaan: #GL15TAHUN THE NEW DRAMATIC MOOD, KEL WEN

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut
amirul danial glam lelaki

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut
Haruman Chanel

WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF

Bacaan Lanjut