#GL15TAHUN THE NEW DRAMATIC MOOD, KEL WEN
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan THE NEW DRAMATIC MOOD, KEL WEN.

Jaket kulit COACH
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
KEL WEN, 27,
Pereka Fesyen, Pengkarya Filem dan Penulis Lagu.
Sekalipun masih baharu dalam lapangan fesyen, rumah fesyen Behati bukanlah asing buat mereka yang gemar tampil unik lagi luar biasa. Berasal dari Melaka, Kel Wen merangkap pengasasnya seorang yang kreatif. Kemahirannya dalam bidang seni bercabang kepada tiga skop kerja yakni pereka fesyen, pembikin filem dan penulisan lagu. Kesungguhan Kel Wen telah berjaya mengukuhkan label Behati dalam bidang fesyen tempatan lantas lantang mengkonstruksikan ceraian-ceraian nan eksentrik juga tampil memperjuangan baju berpotongan oversized.
Intipati maskuliniti masa kini.
Pandangan saya, dunia fesyen ibarat kitar semula. Seperti gabungan elemen feminin dalam maskulin. Sudah lama wujud dalam industri fesyen. Dalam konteks masa kini, lebih digelar sebagai uniseks. Wanita menghargai lelaki, lelaki menghargai wanita.

Kemeja-t, jaket kulit & skirt, COACH
Perkembangan terbaru?
Behati akan terus berkembang maju. Bakal menampilkan sebuah koleksi istimewa buat anda, tidak ingin melepaskan keunikannya. Malah, buat pertama kalinya Behati bakal mempunyai butik jika selama ini saya hanya selesa dengan konsep pop-up. Tetapi, kini kenapa tidak melebarkan sayap lebih luas. Di Behati, sentiasa berelemenkan Malaysia, di mana tradisional disulami ideologi moden.
Siapakah pereka fesyen lelaki pilihan anda?
Demna untuk Balenciaga. Bagi saya, kehadirannya memberi kesan terhadap komuniti fesyen dan juga dunia. Lihat sahaja, idea dan konsep yang ditampilkan begitu di luar kotak pemikiran. Fresh and Modern! Dia seorang ikon!

Beg silang, MONTBLANC. Kot & jaket oversized, BEHATI.
Your fashion wildest dream…
Bergelar Direktor Kreatif untuk jenama fesyen terkemuka dunia seperti Chanel, Louis Vuitton atau Fendi. Tidak kisah berangan dahulu, kan.. (haha) Namun begitu, saya sendiri mencapai cita-cita untuk terus membawa jenama lokal ke peringkat antarabangsa bersama budaya kita yang cukup unik. Biar dunia tahu, Malaysia adalah seunik bangsa dan budaya.
Pendapat anda mengenai persalinan kontroversi Behati? Sengaja atau itu adalah signature Behati…
Behati di mata saya unik, punya esensi tersendiri. Saya suka dengan drama kerana ia memberi impak terus-menerus terhadap setiap ciptaan. Ada yang mencaci, ada yang suka! Saya tidak boleh halang kehendak mereka. Setiap rekaan yang saya hasilkan adalah kejujuran. Semuanya ilham dari gaya peribadi saya kerana saya mempunyai tubuh badan kecil, dan agak susah untuk mencari persalinan yang sesuai dengan jiwa dan badan. Oleh itu, Behati ini interprestasi pandangan saya. Segalanya bermula apabila saya berkunjung ke thrift shop, to fit pieces that don’t fit me! Bermulalah kembara saya dengan persalinan oversized. Ditambah dengan efek dramatik, di mana saya menggabungkan rekaan oversized dan tradisional dalam satu persalinan barulah muncul satu karakter baharu.
Baca lebih lanjut: #GL15TAHUN MAN OF ERA, AWAL ASHAARI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.











