PAMUNGKAS CIPTA ‘KENANGAN MANIS’ BERSAMA PEMINAT MALAYSIA
Pemuzik berbakat dari Indonesia, Pamungkas memukau hampir 3,000 peminat di Kuala Lumpur sempena siri konsert jelajah “Birdy” Asia Tenggara.
Tarikh 3 September 2022 pasti menjadi ‘kenangan manis’ buat Rizki Rahmahadian Pamungkas, atau lebih dikenali dengan nama pentas, Pamungkas. Ini kerana hampir 3,000 peminat pemuzik dari Jakarta, Indonesia tersebut telah membanjiri Megastar Arena di Viva Mall untuk menyaksikan persembahan Pamungkas dalam siri konsert jelajah ‘Birdy’ Asia Tenggara.
Selama satu setengah jam, Pamungkas dan kumpulan pemuziknya tanpa henti mengalunkan lagu-lagu hit yang menjadi pujaan peminatnya, terutama sekali lagu-lagu ‘viral’ yang telah menaikkan namanya. Kadangkala dia berseloroh dan ternyata Pamungkas juga turut terhibur dengan gelagat audiens Malaysia yang amat ‘sporting’. Antara lagu hit yang didendangkan termasuklah “To The Bone”, “Kenangan Manis”, “I Love You But I’m Letting You Go” dan banyak lagi.
Malaysia merupakan negara ketiga dalam destinasi konsert jelajah selepas Thailand dan Filipina. Sejak tiba Pamungkas di Kuala Lumpur, ternyata jadualnya begitu ketat sekali. Bermula dengan Sidang Media di Swee Lee, Lot 10 sebelum bergegas pula ke The Bee di Publika untuk sesi bertemu peminat dan ‘mini showcase’ yang dianjurkan khas buat peminat tegar penyanyi, komposer dan juga pelakon berusia 29 tahun itu.
“Nama saya menjadi bualan ramai kerana lagu ‘To The Bone’ dan kemudian, peminat muzik mula mendengar lagu-lagu saya yang lain. Album ‘Birdy’ saya tulis ketika dunia bermurung akibat pandemik. Saya juga ketika itu melalui satu fasa dalaman yang begitu sukar. Saya luahkan semuanya dalam album ini dan menamakannya ‘Birdy’. Ia mungkin agak keanak-anakan namun perkataan ‘Birdy’ itu melambangkan kebebasan dan satu perasaan yang saya definisikan sebagai ‘Day 1 attitude’. Walaupun sudah menghasilkan 3 album sebelum ini, ‘Birdy’ memberikan saya satu perasaan yang saya tidak tahu apa-apa dan masih banyak yang perlu saya belajar. Ianya mungkin album saya yang paling peribadi dan ‘raw’.” kata Pamungkas.
Sejak melancarkan album pertama ‘Walk the Talk’ pada tahun 2018, dan melancarkan ‘Birdy’ pada 16 Jun 2022, album keempat ini nampaknya bakal membawa Pamungkas sebagai artis global.
“Saya bersyukur sekali dengan kejayaan ini dan amat berterima kasih kepada semua peminat-peminat terutamanya di Malaysia. Saya sama sekali tidak menyangka sambutan yang sebegini hebat. Teruskan menyokong perjalanan seni saya dan saya berjanji akan kembali semula ke Malaysia untuk menghiburkan semua” ujar Pamungkas selepas konsert.
“Take a little song, and dance along, and make it better” – ‘BIRDY’, Pamungkas
Baca lebih lanjut: “KAMI AKAN KEMBALI DAN MENGADAKAN KONSERT JELAJAH PADA MASA HADAPAN.” – NEW HOPE CLUB
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CAKRA KHAN BAKAL HIBURKAN PEMINAT MALAYSIA DI SAMPING PENYANYI MISTERI
Penyanyi bersuara emas, Cakra Khan mengotakan janji untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menghiburkan peminatnya di sini.
“IT’S A NIGHT TO REMEMBER” – JUDIKA ANJUR KONSERT ‘ROCKMANTIC’ OKTOBER INI
Tahun 2023 menyaksikan ramai penyanyi dari Indonesia datang menjayakan konsert di Malaysia dan Judika tidak terkecuali.
VOKAL ‘EMAS’ CAKRA KHAN PIKAT HATI JURI AMERICA’S GOT TALENT
Penyanyi terkenal dari Indonesia itu memperoleh empat 'yes' daripada barisan juri menerusi lagu legenda No Woman, No Cry.
AFGAN LIVE IN CONCERT WITH MALAYSIAN PHILHARMONIC ORCHESTRA TEMUI PEMINAT DISEMBER INI
Bintang Indonesia yang mencipta fenomena di Malaysia, Afgan bakal kembali menghiburkan peminat di negara ini tidak lama lagi.
BUNGA CITRA LESTARI AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI ASHRAF SINCLAIR?
Genap tiga tahun pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari akhirnya terbuka hati untuk menjalin hubungan baru.
INI 5 LAGU PENYANYI INDONESIA, TULUS HARUS ANDA TAHU
Tulus di Malaysia hari ini dan esok! Sempena konsert ketiganya di sini, kami senaraikan 10 lagu milik penyanyi Indonesia ini yang bakal menangkap jiwa dan kalbu anda semua.