Skip to content

“KAMI AKAN KEMBALI DAN MENGADAKAN KONSERT JELAJAH PADA MASA HADAPAN.” – NEW HOPE CLUB

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Terakhir beraksi pada 2018, New Hope Club kembali memukau 2,000 peminat mereka di Malaysia dengan showcase istimewa di Sunway Pyramid.

Saat New Hope Club mengumumkan kepulangan mereka ke Malaysia, ia menjadi bahan bualan peminat mereka. Kali terakhir terbang ke Kuala Lumpur pada 2018, kumpulan itu berjaya memukau sebanyak 2,000 peminat Malaysia dengan persembahan showcase pertama mereka di Sunway Pyramid.

Mendendangkan lebih enam buah lagu terkini dan popular mereka, termasuk lagu hit mereka “Know Me Too Well”, New Hope Club berjaya mengundang para peminat mereka untuk sama-sama menyanyi sambil memenuhi keseluruhan ruang legar dengan penuh semangat daripada ribuan peminat mereka di Malaysia.

1 of 2