Skip to content

COACH FALL 2022 PENUH NOSTALGIA

Kongsikan artikel ini

Stuart Vevers masih setia dengan semangat Americana buat koleksi Coach Fall 2022 bersama gubahan gaya 90-an sebagai esen gaya!

Coach tidak mahu menjadi jenama yang lapuk. Dek kerana itu, dibawa amatan kreatif Stuart Vevers setiap koleksi yang dipersembahkan cukup cool! Sebati dengan jiwa generasi sekarang. Himpunan ceraian yang berasaskan kulit dicitrakan dalam rekaan yang lebih segar. Terus menjadi pilihan generasi kini sebagai item wajib menghiasi gerobok mereka. Paling cool buat koleksi Coach Fall 2022 adalah ceraian kulit yang disimbahi corak grafiti!

Jika amati corak grafiti yang dipilih oleh Vevers, ia membawa kita ke era 90-an. Dimana gerakan seni grafiti merajai kota New York. Nostalgia ini dihidupkan oleh duo artis seni dengan nama Mint + Serf. Motif grafiti yang dihasilkan mengangjat tema dinamik yang dimiliki oleh kota New York, bandar penting buat Coach. Ada kapsul koleksi khas yang mana ceraian seperti jaket dan beg dihiasi corak grafiti ilham Mint + Serf.

Nostalgia Coach bukan sahaja pada era 90-an dengan corak grafiti itu, ia melayang jauh sampai ke dekad 60-an dan 70-an. Arkib yang ditinggalkan oleh Bonnie Cashin ketika menjadi pereka utama di Coach pada dekad 60-an digunapakai sebagai idea oleh Vevers. Ada sling beg dan jaket shearling yang dihasilkan pada 1964 dijadikan idea utama buat himpunan ini. Dekad 70-an pula meminjamkan idea rona pop neon dan ceraian yang berasaskan kulit.

Layari laman web Coach untuk mengenali beg bahu Bandit!

PAUTAN BERKENAAN: YOON CHAN-YOUNG SEBAGAI DUTA COACH KOREA

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

WANGIAN SEGAR COACH FRAGRANCE DI GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

Bacaan Lanjut
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Bacaan Lanjut
LIMA BEG MENARIK DARI KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

Bacaan Lanjut
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”

FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”

Bacaan Lanjut
glenn yong

“SAYA SUDAH KENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI SAYA” – GLENN YONG

Bacaan Lanjut
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

Bacaan Lanjut