YOON CHAN-YOUNG SEBAGAI DUTA COACH KOREA
Yoon Chan-Young menambat ramai penonton siri zombie bertajuk All of Us Are Dead yang disiarkan di Netflix. Fenomenanya terus menarik perhatian Coach untuk dijadikan wajah utama dipasaran Korea. Apatah lagi, Yoon Chan-Young yang masih muda remaja mampu mempromosikan jenama berlegasi indah New York ini kepada generasi Z.
Apakah memori terbaik bersama Coach sebelum dilantik menjadi duta jenama ini?
Antara memori yang terawal adalah ketika saya masih di bangku sekolah rendah. Waktu itu ibu saya sudah menggayakan beg Coach, maka ia bukanlah satu jenama asing buat saya. Satu lagi, ketika merakam siri All of Us Are Dead, Coach menghadiahkan saya satu beg kulit untuk digunakan sebagai pelengkap watak pelajar kolej.
Kongsikan perasaan kamu setelah menjadi duta Coach sekarang?
Saya terkejut apabila diberitahu tentang berita baik ini dan ditugaskan sebagai duta buat jenama global. Saya tidak sabar untuk melaksanakan tugas sebagai duta Coach.
Nyatakan tugasan yang bakal dilaksanakan oleh kamu sebagai wajah utama Coach Korea?
Coach adalah satu jenama global yang kaya dengan legasinya, maka saya mahu menjadi medium agar mampu berhubung dengan pelbagai lapisan generasi. Jenama ini lengkap dengan pilihan bercitra tradisional dan barangan yang trendy. Sebagai contoh, sekarang ini Coach banyak menghasilkan kolaborasi bersama jenama lain serta masih menghasilkan item yang bermutu. Tugas saya adalah memadukan kedua-duanya serta mempromosikan barangan Coach kepada kelompok generasi seusia.
Perkara yang buat kamu jatuh cinta pada Coach?
Coach berpaksi pada watak semulajadi dan ia sebaris dengan misi saya dalam hidup yakni mahu menjalani kehidupan yang lebih autentik pada diri sendiri. Selain itu, Coach juga mempunyai nilai perasaan ingin tahu yang bermain dengan imaginasi dalam minda. Akhir sekali adalah nilai positif yang disebarkan oleh Coach termasuk ciri kepelbagaian yang diterapkan dalam jenama ini.
Bagaimana kamu injek fesyen estetik Korea pada Coach?
Apabila bercakap tentang fesyen Korea, kepelbagaian adalah kunci utamanya. Sebagai contoh adalah Hanbok yang direka dengan pelbagai elemen. Sekarang ini Hanbok direka lebih moden mengikut peredaran masa sekarang. Maka, tradisi dan legasi digabungkan bersama nilai moden terkini bersama aspek-aspek yang pelbagai agar menepati citarasa wanita moden sekarang tanpa melupakan nilai klasik. Elemen ini yang mampu kita terapkan pada fesyen sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN: KENALI BINTANG BAHARU STRANGER THINGS, JOSEPH QUINN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
GL APRIL: ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY
Mencitrakan lambang simbolik akan perjuangan hidup sebagai anak seni, Ismail Izzani, 22, ligat mengibarkan kepak warna-warninya dalam mendakap mesra kebebasan serta kasih sayang.
SISI GELAP KEHIDUPAN T.O.P BIGBANG
Kebelakangan ini semakin ramai selebriti K-Pop terbuka mendedahkan isu kesihatan mental yang dialami termasuk penyanyi dan pelakon, T.O.P.
BTS DAN FREE FIRE BERSATU
Ikon pop Korea Selatan, BTS bersatu dengan Free Fire oleh Garena untuk siri acara kolaborasi yang akan dijalankan di dalam alam permainan video dan banyak lagi.
TAHUN HARIMAU MENJANJIKAN KOLEKSI MENGANCAM
Tambah koleksi eksklusif dengan cetakan belang harimau sempena Tahun Baru Cina!
CHOI TAE JOON MENGHITUNG HARI BERGELAR SUAMI
Menjelang hari bahagia yang bakal tiba, Choi Tae Joon dilihat mula sibuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan kepada para tetamu.