NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
NEW BALANCE DAN JADEN SMITH PERKENALKAN VISION RACER, SUNSET CHASER PACK. REKAAN DAN KOMBINASI WARNA BAHARU-INSPIRASI DARI PANORAMA MATAHARI TERBENAM DAN KULIT ALBUM SYRE.
Kolaborasi terbaharu New Balance bersama pemuzik dan aktivis Jaden Smith telah melancarkan dua warna baharu untuk koleksi NB untuk Jaden Smith Vision Racer Sunset Chaser Pack. Boleh didapati dalam warna hitam dan warna putih berbalas warna ungu, diilhamkan oleh warna indah panorama matahari terbenam dan album Jaden, Syre.


Untuk New Balance, pek NB untuk Jaden Smith Vision Racer telah membuktikan evolusi gaya yang semakin mantap. Dan memfokuskan pada matlamat dan inisiatif kelestarian. Vision Racer menggabungkan tapak tengah dengan 5 peratus EVA regrind, insole separa kitar semula, polyester kitar semula dan beberapa lagi bahan yang terkandung berteraskan kelestarian. Secara bersamaan, New Balance dan Jaden Smith terus bekerjasama dalam memantapkan kelestarian dalam fesyen demi generasi akan datang.
Rekaan yang cukup memikat, melalui olahan warna yang ditampil ternyata memberi opsyen gaya yang pelbagai buat para lelaki menggayakannya. Tak salah rasanya jika GLAM Lelaki berpendapat koleksi ini sewajarnya menjadi obsesi fesyen untuk bulan ini.
Artikel berkaitan: H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.











