H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
PETE DAVIDSON MEMBINTANGI KEMPEN BARU H&M. MENYUNTIK SEMANGAT BAHARU NAN SEGAR DALAM LAPANGAN FESYEN LELAKI.
H&M dengan terujanya mengumumkan bahawa pelakon dan pelawak, Pete Davidson adalah wajah kempen koleksi lelaki baharunya. Yang memfokuskan kepada hubungan kuat antara pakaian, lantas memberi keyakinan kepada lelaki dalam menjalani kehidupan seharian.


Kempen ini mengetengahkan atmosfera segar dalam konteks fesyen lelaki secara global. Semuanya mengenai kebebasan bersuara dan keyakinan diri dalam gaya peribadi pada sepanjang masa. Memberi ruang buat individu untuk meningkatkan keyakinan diri, berseronok dan berani, melalui himpunan pakaian bersiluet segar yang menawarkan opsyen gaya bervariasi.
Pete Davidson ternyata semakin popular, apalagi berpasangan bersama Kim Kardashians. Bertambah lagi pengaruhnya. Pete sendiri mengatakan, dia rasa sangat teruja berpeluang untuk tampil dalam kempen fesyen H&M. “Berkolaborasi dalam kempen ini merupakan pengalaman yang menakjubkan. Kami berasa seronok sewaktu mengadakan penggambaran. Pakaian yang saya pakai rasa selesa dan rasa hebat untuk dipakai, itulah yang saya suka tentang H&M,” kata Pete Davidson.


Dalam kempen ini, H&M meraikan gerakan baharu dalam konteks fesyen lelaki dengan meletakkan gaya peribadi sebagai kunci utama. Kod gaya tradisional semakin berubah dan berinovasi, malah generasi baharu membentuknya dengan cara tersendiri. Langsung menyaksikan fesyen lelaki menjadi medium di mana setiap detik adalah penting. Ia menyerlahkan kuasa pakaian untuk mendefinisikan diri, tidak kira dalam apa jua tujuan dan situasi.
Turut menampilkan barisan lelaki yang memakai helaian H&M musim baharu yang dicampur dengan koleksi pakaian H&M dari musim lalu, kempen ini mencerminkan atmosfera baharu dalam fesyen. Yang menyentuh tentang evolusi dan statement berani. Kempen ini menggalakkan lelaki di seluruh dunia untuk menikmati apa yang sudah mereka miliki, membeli pakaian vintaj, dan kemudian memadankannya dengan item baru dari koleksi H&M. Menambah keseronokkan kala berfesyen.
Artikel berkaitan: FESYEN UPDATE! TIGA HIMPUNAN MESTI TAHU SEKARANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.











