JOSH DUHAMEL PILIH BEKAS RATU CANTIK SEBAGAI ISTERI
Josh Duhamel menamatkan status duda yang dipegangnya selama tiga tahun dengan mengahwini model dan bekas ratu cantik, Audra Mari.
Pasangan itu disatukan pada 10 September lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah gereja di kampung halaman Josh di Fargo, North Dakota, Amerika Syarikat.
Usai perkahwinan, mereka dilihat bersiar-siar di sekitar bandar menaiki Cadillac vintaj rona merah sebelum singgah di sebuah bar, Duffy’s Tavern untuk meraikan hari bahagia bersama rakan-rakan.
Pemilik Duffy’s Tavern turut memuat naik foto Josh dan Audra dalam busana pengantin di akaun Facebook rasmi mereka, menyifatkan keraian tersebut sebagai “santai dan bebas tekanan”.


Foto: Backgrid

Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.











