Skip to content

KONSEP KULINARI JEPUN TERBAHARU DI “THE TABLE” ISETAN THE GARDENS

Kongsikan artikel ini

“The Table” Isetan The Gardens menampilkan dua restoran mesra Muslim iaitu Jyu Jyu Yakiniku dan Tamaruya Honten Teppanyaki yang menampilkan cita rasa Jepun penuh sofistikasi.

Destinasi beli-belah utama, Isetan The Gardens kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar. Dalam memberikan pengalaman beli-belah yang holistik, ia memberikan pilihan kepada pengunjung dengan seleksi terbaik fesyen, kecantikan, peralatan rumah serta ruang makan. “The Table” Isetan The Gardens terbaharu.

Jyu Jyu Yakiniku

“The Table” Isetan The Gardens menampilkan dua restoran mesra Muslim iaitu Jyu Jyu Yakiniku dan Tamaruya Honten Teppanyaki yang menampilkan cita rasa Jepun penuh sofistikasi. Kedua-dua restoran ini hadir dengan konsep yang berbeza, dari segi makanan dan juga pengalaman gastronomi Jepun yang tersendiri.

Tamaruya Honten Teppanyaki

Konsep “The Table” ini dipopularkan sejak pembukaan Isetan The Japan Store. Kali ini, ia menampilkan tujuh buah restoran dan sebuah bar secara keseluruhan, walau bagaimanapun hanya dua restoran sahaja yang mesra Muslim. Konsep ini dihasilkan khusus dalam memberikan cita rasa Jepun yang sebenar kepada peminat di Malaysia.

Jyu Jyu Yakiniku

Jyu Jyu Yakiniku mempersembahkan stail bufet BBQ yang mendedikasikan kepada sensasi pengalaman Yakiniku kepada pengunjung. Restoran ini menyajikan variaso sos yang dihasilkan sendiri untuk dinikmati bersama daging panggang, serta hidangan kombinasi sajian fusion Jepun-Korea.

 

Tamaruya Honten Teppanyaki

Restoran teppanyaki fusion Jepun-Perancis ini merupakan kolaborasi bersama jenama Wasabi Tamaruya Honten Japan yang penuh sejarah sejak diasaskan pada 140 tahun lalu di Shizuoka, Jepun. Menu menggunakan ikan segar dan ikan yang dipanggang di kaunter yang akan disajikan bersama sos wasabi 100% natural signature.

 

Tamaruya Honten Teppanyaki

“The Table” ini menggabungkan jenama restoran popular dan juga yang baharu untuk memberikan pengalaman kulinari yang unik serta hidangan yang menyelerakan. Seni dekorasi yang ditampilkan juga membiaskan kombinasi elegan dan moden kepada ruang makan yang klasik penuh tradisi Jepun.

 

Foto: Isetan Kuala Lumpur

Baca lebih lanjut: HANYA BERUSIA 19 TAHUN, CARLOS ALCARAZ JUARA TERBUKA AMERIKA SYARIKAT 2022