ADAM LEVINE AKUI ‘TERLAJAK PERAHU’ NAMUN NAFIKAN HUBUNGAN SULIT
WALAUPUN TELAH MENAFIKAN HUBUNGAN SULIT SERTA KECURANGANNYA DENGAN WANITA LAIN, ADAM LEVINE TETAP AKUI DIA TELAH MELAMPAUI BATASNYA SEBAGAI SEORANG SUAMI KEPADA ISTERINYA, BEHATI PRINSLOO.
Adam Levine menafikan dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan sulit lain sedangkan sudah berkeluarga. Penyanyi Maroon 5 itu mengeluarkan kenyataan susulan tuduhan tular baru-baru ini.
“Banyak yang diperkatakan tentang saya sekarang dan saya mahu bertenang,” kata vokalis Maroon 5 itu dalam Story Instagram yang disiarkan pada Selasa lalu. “Saya menggunakan poor judgement ketika bercakap dengan orang lain selain isteri saya dalam apa-apa jenis situasi. Saya tidak menjalin hubungan sulit; namun, saya mengaku telah melampaui batas dan ia amat saya kesali.”
“Dalam keadaan tertentu ia menjadi tidak sesuai,” sambung Adam sambil menambah bahawa dia telah membicarakan perkara itu dan mengambil langkah proaktif untuk membetulkan semula perkara ini bersama keluarga. Dia menulis, “Isteri saya dan keluarga saya adalah segala-galanya. Begitu naif dan amat bodoh untuk saya mempertaruhkan satu-satunya perkara yang benar-benar penting bagi saya, itu kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan. Saya tidak akan mengulanginya lagi.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
15 PENGAKUAN LELAKI TENTANG HUBUNGAN SULIT DI PEJABAT
Kesemua pengakuan ini mendedahkan realiti di sebalik hubungan sulit di pejabat, di mana ramai yang terjebak.
ADAM LEVINE KEMBALI SEBAGAI JURI THE VOICE MUSIM KE-27
Vokalis Maroon 5 ini membuat pusingan-U apabila kembali menyertai barisan juri The Voice musim terbaru.
25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023
GLAM Lelaki Alphamen adalah acara tahunan berprestij untuk meraikan individu yang telah memberikan impak positif dalam latar kerjaya masing-masing. GLAM Lelaki senaraikan 25 gaya selebriti terbaik di acara Alphamen 2023.
NATALIE PORTMAN BERCERAI DENGAN PEREKA TARI BLACK SWAN, BENJAMIN MILLEPIED
Rumah tangga Natalie Portman dan Benjamin Millepied yang dibina sejak 11 tahun lalu musnah sekelip mata disebabkan orang ketiga.
ADAM LEVINE TERBUKA HATI BERKONGSI PERIHAL KEHIDUPAN TERKINI
Hampir dua bulan menyambut kehadiran orang baru, Adam Levine bercakap mengenai kehidupannya sebagai bapa kepada tiga cahaya mata.
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA
Lagu baharu Shakira, Bzrp Music Session #53 trending di media sosial sejak dilancarkan pada Rabu lalu.