Skip to content

RALPH LAUREN HADIRKAN POLO ORIGINALS

Kongsikan artikel ini

RALPH LAUREN DENGAN BANGGANYA MEMPERKENALKAN HIMPUNAN TERBARU, POLO ORIGINALS. RANGKAIAN PAKAIAN LELAKI YANG MERAIKAN KEMBALINYA KE POLO RALPH LAUREN YANG ASAL. 

Bring back the originals! Ralph Lauren terkenal dengan sifat rekaan yang klasik, tailored dan sofistikated, maka itu menghadirkan himpunan Polo Originals. Mengilhami sifat klasik dari pertukangan bermutu dan semangat kesukanan, jahitan asli bergabung dengan sempurna gaya lasak, dan kehalusan yang dibentuk oleh tradisi terunggul selama berabad-abad.

Walaupun warisan ini adalah ikonik dengan cara tersendiri, pendekatan Ralph Lauren yang unik dari Amerika untuk menggayakan dengan penyatuan semua dunia ini dengan cara yang tiada tandingan, menghasilkan rekaan yang mengimbangi nada klasik dan moden, menggabungkan perincian dan siluet tradisional Polo Ralph Lauren. 

Khusus musim ini, Polo Originals menyandang inspirasi abadi, fokus utama adalah pada perincian dan mutu rekaan yang menjadikan setiap rekaan terkandung akan kekal relevan untuk setiap lelaki merentas generasi. 

Faktor peribadi yang membentuk eskpresi diri adalah teras gaya. Dan melalui butiran tersebut, kita berupaya melihat nilai yang tersemat. Daripada helaian baju panas Fair Isle yang diilhamkan oleh nelayan Kepulauan Shetland, kepada kot trench yang direka di Itali daripada material ‘oilcloth’ British Millerain, sehingga siluet yang dipotong daripada tweed Shetland. Ternyatalah, Polo mengutamakan potongan yang halus, sartorial, yang bijaksana dalam pertukangan produk tersendiri, namun diberi sentuhan moden. 

Himpunan ini memberi opsyen gaya yang pelbagai, disesuaikan dengan ragam karakter lelaki masa kini. Apa jua latar belakang, kerjaya juga kehendak para lelaki dikembangkan dalam koleksi ini, terusan gaya untuk musim-musim mendatang.

Kempen musim luruh 2022 dirakam oleh jurugambar terkenal dan rakan kolaborasi lama Ralph Lauren sendiri, Richard Phibbs. Dan menampilkan filem pendek arahan Terrence Connors. Dalam filem pendek tersebut, menampilkan watak tukang jahit yang muda dari Notting Hill dan ahli kelab Bola Sepak Ragbi Universiti St Andrews. 

Artikel berkaitan: NEW BALANCE DEBUT SILUET 1906R TERBAHARU DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

Bacaan Lanjut
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut