BUAT KEJUTAN DI JERMAN, TAYLOR SWIFT MENANG BESAR DI MTV EMAS 2022
Penyanyi lagu “All Too Well”, Taylor Swift menguasai Anugerah MTV EMAs 2022, selain Lisa memenangi kategori Best K-Pop manakala Seventeen menang dua anugerah, bersama BLACKPINK, BTS dan TOMORROW X TOGETHER
Taylor Swift was the queen of the night selepas memenangi empat anugerah di Anugerah MTV EMAs 2022 yang berlangsung di PSD Bank Dome di Düsseldorf, Jerman. Dihoskan oleh Rita Ora dan Taika Waititi, acara yang meraikan muzik global secara langsung ini menampilkan persembahan bertenaga daripada barisan artis, selain menghargai mereka dalam 20 anugerah berbeza.

(Photo by Kevin Mazur/WireImage)
Membuat kejutan di Jerman, Taylor Swift memenangi kategori anugerah utama seperti “Best Artist,” “Best Video,” “Best Pop” dan “Best Longform Video” untuk “All Too Well (10 Minute Version) (Taylor’s Version).” Nicki Minaj pula menerima anugerah untuk “Best Song” untuk “Super Freaky Girl,” dan “Best Hip Hop,” manakala Harry Styles pula memenangi trofi “Best Live.”
Hos untuk acara kali ini, Rita Ora turut dianugerahkan dengan kategori “Best Look ‘Personal Style’”, serta “Video for Good” dimiliki oleh penyanyi United Kingdom, Sam Smith yang menampilkan Kim Petras untuk lagu hangat berjudul “Unholy.”

Taika Waititi & Rita Ora (Photo by Andreas Rentz/Getty Images for MTV)
Untuk kolaborasi terbaik pula, trofi “Best Collaboration” menjadi milik David Guetta dan Bebe Rexha untuk lagu “I’m Good (Blue)” selain David Guetta juga menggondol anugerah “Best Electronic,” dan kategori baharu EMA kali ini “Best Metaverse Performance” pula menjadi milik BLACKPINK The Virtual PUBG Mobile.
Dari Spenyaol kepada Amerika Latin, juga dari Jerman ke benua Afrika, MTV turut meraikan pemenang EMA tempatan dari seluruh pelusuk dunia. Kumpulan K-pop, TOMORROW X TOGETHER atau TXT telah dinobatkan sebagai “Best Asia Act” untuk acara kali ini.

Muse (Photo by Kevin Mazur/WireImage)
Acara tahun ini turut menampilkan persembahan menyentuh jiwa daripada Ukrainian Band Kalush Orchestra sebagai memberikan tanda sokongan kepada Ukraine.
Swipe untuk melihat senarai pemenang Anugerah MTV EMAs tahun ini:
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA
Ahli BTS akhirnya kembali selepas menyelesaikan perkhidmatan tentera mereka. Kini, 6 daripada 7 ahli BTS telah kembali ke industri.
PEMUZIK DENGAN KEMENANGAN TERBANYAK DI AMAS
Pemuzik yang meraih kemenangan terbanyak di American Music Awards membuktikan kebolehan mereka di dalam industri muzik yang sengit.
MET GALA 2025: WANITA MENDOMINASI TEMA MASKULIN
Ketahui bagaimana wanita mendominasi pentas karpet merah Met Gala 2025 dengan gaya tailored penuh statement.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.
NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY
Lagu-lagu new release K-pop semestinya menjadi satu keperluan untuk di dengari setiap kali dilancarkan di platform-platform muzik digital.