LEBIH HANGAT DAN BERGAYA, KEMBARA MUSIM SEJUK BERMULA DENGAN UNIQLO HEATTECH
Akhir tahun ini, serlahkan gaya kembara musim sejuk persis Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dengan Uniqlo HEATTECH yang akan memberikan kehangatan dan keselesaan paling maksima.
Menjelang bulan November dan Disember setiap tahun menandakan bermulanya musim percutian musim sejuk, terutamanya ke negara hemisfera utara di Eropah mahupun destinasi Asia popular seperti Jepun dan Korea Selatan. Jika anda merancang untuk bercuti nanti, lengkapkan bagasi gaya anda persis pelakon terkenal, Mira Filzah dan suaminya. Wan Emir Astar dengan koleksi HEATTECH daripada Uniqlo yang kini tampil lebih hangat, ringan, selesa dan bergaya.
Koleksi HEATTECH musim luruh/sejuk 2022 terus meluncur laju dengan menggunakan inovasi teknologi terkini dalam menghasilkan rangkaian pakaian yang lebih minimalis, tanpa membuat padanan kelihatan lebih besar. Juga, musim ini hadir dengan lebih variasi pilihan warna dan rekaan yang boleh digayakan mengikut destinasi percutian yang berbeza nanti.
The Heat Goes On
Sejak dilancarkan pada 2003, Uniqlo HEATTECH telah diinspirasikan daripada rangkaian pakaian dalam Uniqlo Dry terdahulu. Sehingga musim ini, setiap koleksi terus mencabar sempadan desain dan teknologi dalam penghasilan koleksi yang penuh inovasi. Dan paling utama, peminat boleh mendapatkannya dengan cepat dan mudah secara atas talian pada harga yang mampu dimiliki semua.
Selain dapat menghangatkan diri dengan teknologi retensi haba terkini, koleksi pakaian ini boleh didapati dalam tiga pilihan kehangatan iaitu HEATTECH, HEATTECH Extra Warm dan juga HEATTECH Ultra Warm yang bergantung kepada destinasi percutian dan tahap kesejukan yang berbeza. Koleksi Uniqlo LifeWear ini juga kekal bergaya dan trendy untuk padu padan dalam merefleksikan gaya hidup dan stail peribadi tersendiri
HEATTECH Makes Winter Fashion Hot
Sama ada buat lelaki, wanita mahupun kanak-kanak, Uniqlo HEATTECH akan melengkapi bagasi kembara musim sejuk dengan himpunan pakaian yang bergaya. Keselesaan terus menjadi keutamaan dalam setiap koleksi, dan kini dengan pilihan fabrikasi dan warna yang variasi untuk padu padan gaya yang merefleksikan ilham LifeWear sebenar.
Dari pakaian dalam kepada beanie, juga kemeja-t, stoking serta sarung tangan, koleksi HEATTECH Extra Warm turut hadir dalam pilihan fabrikasi yang berbeza. HEATTECH Cotton merupakan teknologi baharu daripada Uniqlo buat yang mahukan keselesaan dalam pakaian kapas. Ianya lembut dan cukup selesa apabila bersentuhan dengan permukaan kulit.
Eksklusif buat lelaki pula, himpunan HEATTECH Cotton Waffle menggunakan material waffle yang akan memberikan tekstur gaya yang lebih kasual. Bahagian dalam akan menampilkan fabrikasi 100% kapas untuk membiaskan keselesaan yang paling maksima. Koleksi ini turut hadir dengan desain kolar seperti kemeja-t yang ideal sebagai pakaian luaran. Hanya padu padan bersama kemeja kasual dan akan menghasilkan efek warna pada bahagian leher nanti.
Koleksi Uniqlo HEATTECH boleh didapati di semua stor fizikal Uniqlo di seluruh negara, dan stor atas talian Uniqlo Malaysia di sini.
Foto: Uniqlo Malaysia
Baca lebih lanjut: UNIQLO BAKAL LANCAR RE.UNIQLO STUDIO PERTAMA DI MALAYSIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON
Koleksi kolaborasi UNIQLO dan JW ANDERSON untuk musim luruh/sejuk 2023 mengambil inspirasi daripada warisan tradisi Britain dan inspirasi kehidupan universiti.
SELESA DAN IKONIK, KOLEKSI UNIQLO AIRISM UNTUK LELAKI YANG AKTIF
Buat lelaki yang mengamalkan gaya hidup aktif, UNIQLO mempersembahkan koleksi AIRism terbaharu dengan material baharu yang ringan, mudah kering dan menyelesakan.
KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”
Menyambut musim liburan, Moschino hadirkan koleksi kapsul penuh gaya “LOGO MOSCHINO”. Semak lima gaya pilihan GLAM Lelaki.
AEDY ASHRAF, ANNA JOBLING MEMERIAHKAN PELANCARAN BUTIK CREED PERTAMA
Pelancaran House of Creed yang pertama di Malaysia turut dihadiri oleh barisan selebriti seperti Aedy Ashraf, Mira Filzah, Kaka Azraff dan Anna Jobling.
UNIQLO BAKAL LANCAR RE.UNIQLO STUDIO PERTAMA DI MALAYSIA
Dalam meneruskan momentum kelestarian global, Uniqlo bakal memperkenalkan RE.UNIQLO Studio di DA Square dengan servis ‘Repair, Reuse, dan Recycle’ untuk mengurangkan sisa pakaian.
KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Uniqlo mempersembahkan himpunan yang menghidupkan semula helaian klasik dalam ilham nan autentik untuk gaya hidup hari ini.