UNIQLO BAKAL LANCAR RE.UNIQLO STUDIO PERTAMA DI MALAYSIA
Dalam meneruskan momentum kelestarian global, Uniqlo bakal memperkenalkan RE.UNIQLO Studio di DA Square dengan servis ‘Repair, Reuse, dan Recycle’ untuk mengurangkan sisa pakaian.
Janama pakaian gergasi, Uniqlo meneruskan momentum global dalam usaha kelestarian mereka di Malaysia dengan bakal melancarkan RE.UNIQLO Studio yang pertama di stor jalanan di DA Square. RE.UNIQLO Studio merupakan sebahagian daripada program RE.UNIQLO yang akan menyumbang kepada ekonomi membulat melalui kitar semula dan 3R – Repair, Reuse dan Recycle.

RE.UNIQLO Studio di Orchard Central Global Flagship Store, Singapura
RE.UNIQLO STUDIO diperkenalkan untuk membantu pengguna memanjangkan hayat pakaian mereka dengan servis membaiki yang mudah dan praktikal pakaian item LifeWear, seperti memberikan nyawa kedua kepada pakaian untuk digunakan semula.
Inisiatif yang amat penting di Malaysia ini bukan sahaja dapat membantu persekitaran dan komuniti setempat, bahkan ia dapat mengurangkan sisa pakaian dan pencemaran. Antara servis yang bakal ditawarkan kepada pengguna termasuklah menggantikan butang, menjahit pakaian yang koyak, serta membetulkan poket dan banyak lagi pada harga yang berpatutan.
Dalam meraikan pelancaran studio terbaharu ini, Uniqlo juga bakal menganjurkan bengkel istimewa buat pengunjung untuk belajar seni jahitan sulaman dan mengambil bahagian dalam mengitar semula fabrik menjadi pelapik minuman. Bengkel ini merupakan kolaborasi bersama Asfarena Group, sebuah badan sosial tempatan yang membantu memperkasakan wanita yang kurang bernasib baik
Oktober lalu, GLAM Lelaki terbang ke Singapura untuk menghadiri pelancaran RE.UNIQLO Studio di Orchard Central Global Flagship Store. Studio kedua selepas pembukaan pertama di stor Uniqlo di 51 @ Ang Mo Kio pada Mac 2022 ini memberikan pilihan kepada pengunjung untuk mendapatkan servis yang ditawarkan di lokasi berlainan. Setiap servis seperti menggantikan butang, menjahit lubang dan pakaian koyak hanya pada harga SGD5 sahaja.

Pengarang Digital GL, Muzammin Muzlan bersama Group Executive Officer, Sustainability Fast Retailing, Yukihiro Nitta, dan wakil media lain.
RE.UNIQLO Studio yang pertama Malaysia akan dilancarkan pada 14 November 2022 di stor jalanan Uniqlo di DA Square. Ia akan diikuti oleh stor-stor Uniqlo yang terpilih di seluruh Malaysia.
Foto: Uniqlo Singapore
Baca lebih lanjut: ALAMI 2 FESTIVAL PALING UNIK DI THAILAND NOVEMBER INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELESA DAN IKONIK, KOLEKSI UNIQLO AIRISM UNTUK LELAKI YANG AKTIF
Buat lelaki yang mengamalkan gaya hidup aktif, UNIQLO mempersembahkan koleksi AIRism terbaharu dengan material baharu yang ringan, mudah kering dan menyelesakan.
3 TIP PERSIAPAN RAYA YANG MUDAH DI RUMAH UNTUK LELAKI
Sudahkah anda membuat persiapan Raya tahun ini? Ikuti 3 tip mudah ini untuk meraikan Syawal dengan mudah dan lestari buat lelaki di rumah.
LEBIH HANGAT DAN BERGAYA, KEMBARA MUSIM SEJUK BERMULA DENGAN UNIQLO HEATTECH
Akhir tahun ini, serlahkan gaya kembara musim sejuk persis Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dengan Uniqlo HEATTECH yang akan memberikan kehangatan dan keselesaan paling maksima.
KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Uniqlo mempersembahkan himpunan yang menghidupkan semula helaian klasik dalam ilham nan autentik untuk gaya hidup hari ini.
APLIKASI STYLEHINT, PLATFORM STAIL UNIQLO GLOBAL
Uniqlo melancarkan aplikasi StyleHint yang membenarkan pengguna untuk mendapatkan helaian kegemaran dan inspirasi stail daripada peminat fesyen dari seluruh dunia.
KELESTARIAN ACER ASPIRE VERO EDISI NATIONAL GEOGRAPHIC
Dengan kerjasama National Geographic, setiap pembelian Aspire Vero edisi khas ini akan menyokong usaha global National Geographic Society untuk melindungi dunia melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan.