Skip to content

Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Kongsikan artikel ini

Dengan keadaan cuaca yang sentiasa panas dan lembap, UNIQLO Malaysia memperkenalkan Miracle Air, koleksi pakaian workwear yang ringan, selesa, bebas-kedut dan cepat kering untuk mengelevasi gaya profesional anda ke pejabat.

Dalam kesibukan kerja serta kepadatan dan kesesakan tren dan jalan raya, kehidupan harian boleh dibebani lagi dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia. Buat golongan profesional dan pekerja muda, sukar untuk sentiasa kelihatan kemas dan profesional sepanjang hari. Dalam memberikan solusi terbaik, UNIQLO Malaysia memperkenalkan koleksi pakaian workwear, Miracle Air yang ringan, selesa, bebas-kedut dan cepat kering untuk mengelevasi gaya profesional anda ke pejabat.

Uniqlo miracle air

Tanpa perlu menggadaikan estetika fesyen anda, koleksi Miracle Air daripada UNIQLO akan menghembuskan nafas baharu kepada gerobok workwear anda. Rangkaian pakaian inovasi ini akan memberikan definisi baharu kepada pengalaman penggayaan ke pejabat buat golongan profesional di Malaysia. Ini kerana ia menawarkan sisi kebebasan yang boleh dirasai melalui sisi yang ringan dan mudah jika dibandingkan dengan fabrik tradisional. Tidak lagi menjadi beban, pakaian workwear anda kini mampu memberikan kuasa untuk anda beraksi di pejabat nanti.

Koleksi Miracle Air ini bukan hanya sebuah koleksi pakaian terbaharu daripada UNIQLO, ia merupakan elevasi kepada gaya hidup profesional anda hari ini. Untuk mengetahui mengapa anda perlu melengkapkan gerobok workwear anda dengan koleksi ini, berikut adalah 5 sebab utama yang akan mengelevasikan gaya anda ke pejabat dengan lebih selesa dan kekal bergaya:

1. Ringan Bak Udara

Seperti namanya, koleksi Miracle Air daripada UNIQLO Malaysia ini sememangnya ringan dalam memberikan kelesaan yang tiada tandingan. Jaket Miracle Air hanya seberat 350 gram, iaitu seperti botol air 250 mililiter jika dibandingkan dengan sut wool yang klasik. Jaket yang ringan sudah pasti lebih mudah untuk bernafas dan membenarkan pengaliran udara yang lebih baik. Lastas, dapat mengurangkan rasa ketidak selesaan yang disebabkan oleh cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.

Uniqlo Malaysia

Bukan itu sahaja, koleksi pakaian workwear ini juga dapat memberikan anda sisi yang lebih relaks dan menenangkan untuk digayakan di pejabat, dari pagi hingga ke malam. Selain dapat memberikan elemen fleksibiliti tanpa halangan, ia turut sama akan memudahkan pergerakan yang akan membuat anda berasa selesa dan tangkas. Lebih-lebih lagi ketika hari yang sibuk dan on-the-go.

2. Stretchable Secara Vertikal Dan Horizontal

Dihasilkan bersama Toray, koleksi ini menggunakan tekstil stretchable yang cukup unik dengan menggabungkan fiber dan dua jenis fabrik mudah-regang yang berbeza. Miracle Air membuktikan ia mampu untuk memberikan keselesaan yang tidak bandingan dan kebebasan dalam pergerakan yang tidak boleh didapati pada sut workwear yang lebih tradisional. Cukup versatil dan mudah untuk digayakan, jaket harian ini juga boleh dipakai selaku kardigan untuk gaya yang lebih santai.

Uniqlo Malaysia

Sesuai buat golongan profesional yang sentiasa aktif dan perlu on-the-move setiap masa sepanjang hari, himpunan pakaian ini mesra untuk semua bentuk dan saiz badan. Selari dalam mengangkat falsafah UNIQLO LifeWear iaitu mereka pakaian untuk kebaikan kepada semua. Setiap individual dengan variasi bentuk badan boleh menggayakannya, dan paling penting ia akan memberikan keselesaan dan mudah untuk digayakan walaupun jika bentuk badan anda berubah.

3. Kering Dengan Cepat

Himpunan Miracle Air ini  cukup mudah untuk dijaga. Ianya cepat kering dan boleh terus dibasuh menggunakan mesin basuh di rumah sahaja. Jika anda membasuh pada waktu malam, ia dipakai semula pada keesokkan harinya kerana setiap rekaan mampu kering dalam masa 4 hingga 7 jam sahaja. Material yang digunakan juga sesuai untuk dipakai dalam iklim tropikal di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Lebih-lebih buat lelaki yang kuat berpeluh. Ia mampu menghilangkan kelembapan dan mengelakkan fabrik menjadi melekit dan lembap.

Uniqlo miracle air

Selain itu, rekaan kali ini tidak memerlukan penjagaan yang rumit berbading material tradisional yang lain. Sesuai buat golongan profesional yang mempunyai gaya hidup yang sentiasa sibuk. Oleh itu, koleksi ini dapat menjimatkan masa dan duit anda. Tanpa perlu untuk dihantar ke dobi untuk dry cleaning nanti. Ia juga lebih mudah adaptasi dengan perubahan seperti cuaca atau kekotoran yang tidak terduga.

4. Bebas Kedut Dan Mudah Dijaga

Koleksi UNIQLO terbaharu ini memerlukan usaha penjagaan yang minimal. Oleh itu, ia dapat mengurangkan masa anda untuk membasuh dan menggosok pakaian, sesuai untuk golongan yang sentiasa sibuk. Penampilan anda juga akan sentiasa terjaga sepanjang hari. Anda tidak perlu risau pada keadaan pakaian anda berkedut atau tidak kemas.

Uniqlo Malaysia

Jika anda perlu terbang ke luar negara untuk kerja pula, usah risau pakaian anda akan berkedut di dalam bagasi. Anda akan kelihatan segar dan bersedia apabila tiba ke destinasi nant. Tambahan, ianya lebih tahan lasak dan kalis air serta kerosakan. Ini dapat memanjangkan hayat pakaian dan tidak perlu sentiasa untuk membeli pakaian kerja yang baharu.

5. Baju Kemeja Yang Bergaya Untuk Lelaki

Seperti koleksi pakaian UNIQLO sebelum ini, Miracle Air menampilkan desain dan rekaan yang mudah untuk digayakan. Kali ini, Miracle Air memberikan koordinasi penggayaan yang bergaya untuk ke pejabat dalam padanan yang versatil. Seperti baju kemeja super non-iron slim shirt yang mudah digayakan oleh lelaki untuk apa jua situasi

kemeja Uniqlo

Kekal professional dan selesa, himpunan kemeja yang selesa ini menampilkan pilihan kolar baju yang variasi; regular, semi-wide, and button-down. Setiap pilihan dapat memberikan sentuhan unik pada setiap penampilan ke pejabat nanti. Lebih utama, ia menggunakan 100% fabrik kapas asas yang tahan lama, yang melalui proses shape-stabilizing yang akan mengekal bentuk dan struktur pakaian walaupun selepas cucian yang berulang kali. Super non-iron slim shirt ini boleh didapati pada harga RM149.90.

 

Uniqlo workwear

Dari transisi gaya kasul kepada semi-formal dan formal ke kantor pejabat, koleksi Miracle Air daripada UNIQLO akan menyempurnakan gerobok fesyen lelaki yang mahukan gaya dan keselesaan.  Eksplorasi gaya untuk mengelevasikan stail anda setiap hari melalui koleksi terbaharu daripada UNIQLO ini yang tersedia pada harga RM149.90 hingga RM249.90. Anda boleh mendapatkan koleksi Miracle Air ini di https://s.uniqlo.com/3wjhwYO

 

Baca lebih lanjut: APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut